Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura kini boleh hasilkan penapis pelitup sendiri, memastikan bekalan pelitup cukup dalam pandemik: Chun Sing

Jan 28, 2021 | 08:20 PM



SINGAPURA kini berupaya menghasilkan penapis pelitup bermutu tinggi pada kadar yang membolehkan setiap orang memiliki dua penapis setiap minggu seandainya pandemik Covid-19 ini semakin teruk dengan stok global sekali lagi berkurangan.



Negara ini, justeru itu, akan mempunyai bekalan yang cukup seandainya krisis kesihatan ini memerlukan warga Singapura beralih kepada penggunaan pelitup mutu bedah yang bergred tinggi, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing pada Khamis (28 Januari).



Memandangkan penapis ini direka bagi digunakan bersama pelitup yang boleh dipakai semula, Singapura akan kurang bergantung pada bahan mentah yang diperlukan bagi mengeluarkan pelitup bedah tradisional, kata Encik Chan.



Menjelaskan kepentingan perkembangan ini, Encik Chan mengimbas semula bagaimana Singapura berdepan dengan "kerentanan yang kritikal" dalam rangkaian bekalannya apabila ia mula menghasilkan pelitup bedah tahun lalu.



Singapura, jelasnya, tidak dapat bahan yang dipanggil 'melt-blown polypropylene' yang digunakan dalam lapisan penurasan pelitup bedah yang biasa.



Namun, ST Engineering kini telah memperolehi mesin dan ketahui selok-belok menghasilkan penapis sebegini yang mampu bertahan dengan saingan daripada produk serupa yang wujud secara sejagat, kata Encik Chan.



"Pelitup ini lebih ringan, lebih mudah bernafas dengannya dan mempunyai keupayaan penurasan lebih tinggi tetapi kita juga boleh menghasilkannya pada rangkaian harga yang lebih berdaya saing," ujarnya yang ditemui wartawan selepas menjalankan lawatan tertutup ke ST Engineering pada Khamis (28 Januari).



Singapura mula melakar rancangan menghasilkan pelitup bedah secara banyak tahun lalu dalam keadaan dunia berdepan dengan masalah kekurangan bekalan pelitup pada awal pandemik Covid-19 melanda. Mesin pengeluaran penapis baru pula diperolehi pada separuh kedua tahun lalu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >