Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

S'pura kirim bantuan kedua ke China

Feb 22, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA telah mengirimkan pakej bantuan kemanusiaan kedua, termasuk bekalan perubatan, ke China.



Duta Singapura ke China, Encik Lui Tuck Yew, menyerahkan pakej bantuan kemanusiaan itu kepada timbalan kedua Jabatan Perkhidmatan Perubatan Hospital Besar Tentera China Zhang Fu di Beijing, Rabu lalu.



Bantuan itu bertujuan membantu masyarakat yang terjejas teruk akibat penularan koronavirus di China, selain membantu usaha mencegah virus, kata Kementerian Ehwal Luar Singapura kelmarin.



Bantuan kemanusiaan itu dikirimkan melalui penerbangan Singapore Airlines SQ802.



Bantuan itu menyusuli satu lagi bantuan kemanusiaan lebih awal yang dihantar pemerintah Singapura ke Wuhan melalui penerbangan Scoot TR5120 pada 8 Februari.



Semasa berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri China Han Zheng pada 7 Februari, Timbalan Perdana Menteri Singapura Heng Swee Keat berkata bahawa bantuan kemanusiaan yang diberikan Singapura kepada China adalah sebahagian usaha bersama untuk membantu masyarakat di China yang terjejas akibat virus.



Bantuan ini termasuk usaha mengumpul dana yang dikelolakan oleh persatuan Palang Merah Singapura (SRC) dengan sokongan dewan dan persatuan dagangan, syarikat-syarikat dan pertubuhan masyarakat setempat.



Kata Encik Heng, beliau memberitahu Timbalan Perdana Menteri Han bahawa Singapura yakin bahawa masyarakat antarabangsa akan mengatasi cabaran koronavirus."Saya telah menekankan sekali lagi kepada Naib Perdana Menteri Han bahawa Singapura akan terus bekerja rapat dengan China dan masyarakat antarabangsa untuk menangani virus itu, ini termasuk mengelak penularan lebih meluas dan membangunkan ujian perubatan lebih baik," tulis beliau.



"Dalam masa-masa seperti ini, dengan hubungan istimewa yang sekian lama antara Singapura dengan China, adalah penting untuk kita bekerjasama," kata beliau yang turut menyampaikan ucap takziah kepada pemimpin itu, di atas kehilangan warga China ekoran virus berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >