S'pura komited jalin hubungan erat dengan kerajaan baru M'sia: Vivian, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

PARLIMEN

S'pura komited jalin hubungan erat dengan kerajaan baru M'sia: Vivian

Sep 14, 2021 | 05:30 AM

SINGAPURA kekal komited untuk menjalin hubungan erat serta bekerjasama dengan kerajaan baru Malaysia bagi mencapai huraian yang menguntungkan kededua pihak, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Bercakap di Parlimen semalam, Dr Balakrishnan menarik perhatian bahawa Singapura dan Malaysia akan sentiasa berkait rapat dan saling bergantung kepada satu sama lain.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Encik Vikram Nair (GRC Sembawang) dan Encik Henry Kwek (Kebun Baru) mengenai keadaan politik di Malaysia serta keadaan kerjasama dua hala Singapura dengan jirannya itu.

Perdana Menteri Malaysia terkini, Datuk Ismail Sabri Yaakob, telah mengangkat sumpah jawatan pada 21 Ogos lalu, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan setelah kehilangan majoriti Parlimen.

Datuk Ismail merupakan pemimpin ketiga negara itu dalam masa tiga tahun.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dr Balakrishnan memberitahu Dewan bahawa pendirian Singapura konsisten, iaitu bekerjasama dengan kerajaan yang memerintah.

"Kami telah menikmati hubungan baik dengan kerajaan dan pemimpin Malaysia yang ambil alih dan bekerja baik dengan mereka dalam pelbagai bidang," ujar beliau.

Beliau juga menarik perhatian bahawa Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menghubungi Datuk Ismail pada pagi selepas beliau mengangkat sumpah dan ramai menteri Singapura sudah menubuhkan atau memperbaharui hubungan dengan rakan sejawatan mereka dari Malaysia.

Tambah Dr Balakrishnan, pemimpin baru itu dan anggota Kabinetnya sudah dikenali oleh para pemimpin Singapura.

Kededua negara telah bekerjasama dalam pelbagai bidang, jelas beliau, sambil menukil contoh Singapura bekerja rapat dengan kerajaan Tan Sri Muhyiddin untuk menangani pandemik Covid-19.

Ini termasuk menyumbang bekalan perubatan dan kit ujian serta menubuhkan jawatankuasa kerja khas mengenai pandemik.

"Selain daripada kepimpinan politik, khidmat awam masing-masing telah mengekalkan hubungan dan komunikasi yang baik dan pegawai dari kededua pihak sering berhubungan.

"Singapura tetap komited untuk mengekalkan hubungan yang membina dan positif dengan kerajaan Malaysia sekarang. Kami akan meneruskan dan menyusul komitmen kami mengenai projek dua hala serta usahasama," jelas Dr Balakrishnan.

Beliau turut menarik perhatian bahawa ada kemajuan yang baik dalam projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura, yang bersambung pada Julai tahun lalu.

Selain itu, perbincangan dengan kerajaan Malaysia mengenai usaha menyambung semula pergerakan rentas sempadan yang selamat dan bertahap sedang berjalan, katanya.

"Ini akan memerlukan protokol kesihatan awam yang dipersetujui bersama bagi memelihara kesihatan awam dan keselamatan penduduk dari kededua negara, sambil mengambil kira sumber perubatan yang ada.

"Misalnya, kededua pihak sedang berusaha ke atas mengiktiraf sijil vaksin masing-masing. Perbincangan mengenai hal ini telah membuahkan hasil dan membina.

"Kami telah mencapai kemajuan yang baik... dan ini tentunya akan membantu kita dalam merancangkan pembukaan semula yang selamat bagi sempadan kita, apabila keadaan sudah mengizinkan," kataya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map