Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Korea Selatan tekan lagi pentingnya aliran dagangan dan bekalan terbuka di tengah Covid-19

Mar 27, 2020 | 07:27 PM



SINGAPURA dan Korea Selatan mengesahkan lagi peri pentingnya untuk memastikan terdapat aliran perdagangan terbuka dan ketersambungan rantaian bekalan di tengah-tengah wabak Covid-19 kini. 



Kedua-dua negara itu juga mengesahkan hubungan ekonomi mereka yang rapat dan pelbagai dalam satu sidang video pada Jumaat (27 Mac) antara Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, dengan Menteri Perdagangan Korea Selatan, Cik Yoo Myung Hee, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan. 



Encik Chan pada Khamis mengumumkan bahawa Singapura akan bekerja rapat dengan enam negara – Australia, Canada, Chile, New Zealand, Myanmar dan Brunei – untuk memastikan laluan perdagangan melalui darat, udara dan laut kekal terbuka bagi aliran barangan dan bekalan penting di tengah-tengah cabaran pandemik Covid-19. 



Semasa perbincangan mereka itu, Encik Chan dan Cik Yoo juga bersetuju untuk bekerja rapat bagi mempermudahkan pertukaran perniagaan demi menyokong operasi syarikat di kedua-dua negara itu. 



Mereka juga membincangkan cara untuk memperkukuh hubungan perdagangan dua hala dan serantau, termasuk kerjasama dalam ekonomi digital. 



Oleh sebab dua negara itu juga merupakan peserta dalam perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP), dua menteri itu juga mengesahkan komitmen mereka untuk berusaha agar perjanjian perdagangan itu dapat ditandatangani tahun ini. 



Langkah itu akan merangsang pemulihan ekonomi sejagat menyusuli pandemik Covid-19, menurut kenyataan MTI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >