Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura kota ke-14 mahal di dunia untuk ekspatriat

Dec 16, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA dianggap kota ke-14 paling mahal di dunia untuk ekspatriat, turun dua tangga daripada ranking tahun lalu disebabkan dolar Singapura yang melemahkan.



Kota Copenhagen di Denmark dan Bern di Switzerland telah melepasi Kota Singa, menurut tinjauan yang dikeluarkan konsultansi sumber manusia ECA International semalam.



Hong Kong kekal menjadi lokasi paling mahal untuk didiami ekspatriat meskipun harga sewa rumah merosot akibat ketidaktentuan politik yang berterusan.



Ini diikuti oleh Tokyo dan New York.



Pengarah Asia, ECA International, Encik Lee Quane, berkata pandemik Covid-19 telah mengakibatkan kemelesetan global, yang menyebabkan kemerosotan perdagangan untuk ekonomi Singapura.



"Ini menyumbang kepada dolar Singapura yang melemahkan berbanding mata wang yang lebih kuat seperti kroner Denmark dan franc Switzerland," tambahnya.



Di Asia, Singapura mengekalkan kedudukan nombor enamnya daripada ranking tahun lalu.



Hong Kong mendahului senarai Asia dan global.



Walaupun bandar Cina itu dilanda ketidaktentuan politik yang berterusan, Hong Kong mendapat gelaran sebagai bandar paling mahal untuk ekspatriat kerana "kos perumahannya yang sangat tinggi", kata Encik Quane.



Bandar Asia lain dalam ranking 10 teratas global adalah Tokyo (nombor dua), Seoul (nombor lapan) dan Yokohama (nombor 10).



ECA International menilai kos kehidupan di bandar-bandar untuk pekerja bukan tempatan berdasarkan barang dan perkhidmatan pengguna seperti barang runcit dan kegiatan riadah.



Bagi tinjauan tahun ini, kajian kos kehidupan bergabung dengan data penginapan menjadi satu indeks meskipun set data sebelumnya diasingkan, kata jurucakap ECA International.



"Oleh itu, ranking 2019...telah dikemaskini secara retrospektif," tambahnya.



Pandemik Covid-19 juga menjejas bandar-bandar di Thailand dan Vietnam, dengan tinjauan menunjukkan bahawa setiap lokasi Thailand dan Vietnam turun sekurang-kurangnya 10 tangga dalam ranking tahun ini.



Ibu kota Thailand, Bangkok, jatuh 16 tangga ke nombor 39 dalam ranking global.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >