SINGAPURA mengutuk dengan keras serangan pengganas di Barcelona, Sepanyol, kelmarin yang meragut nyawa dan mencederakan orang yang tidak bersalah, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya.
Sejumlah 14 orang terbunuh dan lagi 100 cedera apabila seorang lelaki memandu van merempuh pejalan kaki di Las Ramblas pada Khamis malam (waktu Sepanyol). Lelaki itu meloloskan diri dari tempat kejadian dan kini masih diburu polis Sepanyol.