KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) mengutuk ujian peluru berpandu terbaru Korea Utara.
“Ujian sebegini berbahaya dan jelas melanggar Ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan oleh itu Singapura menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya ujian itu,” kata seorang jurucakap MFA.
“Kami menggesa DPRK untuk tidak mengabaikan kebimbangan serius masyarakat antarabangsa, dan menghentikan semua provokasi dan mematuhi komitmen antarabangsanya.
“Tindakan provokatif seperti ini akan menjejas prospek keamanan berkekalan di semenanjung Korea.”
DPRK, atau Republik Demokratik Rakyat Korea, ialah nama rasmi Korea Utara.
Pyongyang menyatakan pelancaran ICBM pada Khamis lalu adalah amaran terhadap latihan ketenteraan Amerika Syarikat-Korea Selatan, lapor media pemerintah KCNA.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
S’pura kutuk ujian peluru berpandu terbaru Korea Utara
Mar 19, 2023 | 07:00 PM