Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura labur $453 juta dalam lebih 600 projek R&D air sejak 2002, mampu capai matlamat kemampanan air jangka panjang

Jul 04, 2018 | 12:01 PM



 



 



SINGAPURA telah melaburkan $453 juta dalam lebih 600 projek penyelidikan dan pengembangan (R&D) air sejak 2002 dan kini berkedudukan baik untuk mencapai sasaran jangka panjang menambah penghasilan air dan pada masa sama, mengurangkan kededua penggunaan tenaga dan penjanaan sisa dalam proses ini.



Dua contoh hasil R&D yang berkesan ialah sumber air NEWater dan air sulingan yang kini memenuhi sehingga 70 peratus keperluan air dan dijangka memenuhi sehingga 85 peratus keperluan air pada 2060.



Berkongsi perkembangan ini semasa bertemu media pada Selasa (4 Julai), Penolong Ketua Eksekutif (Teknologi dan Sistem Masa Depan) di PUB Encik Harry Seah berkata PUB, agensi air negara, melalui proses R&D yang teliti sejak berdekad lalu,   telah berjaya memenuhi sebahagian matlamat jangka pendek dan sederhana.



“Lebih penting lagi, wang yang kami laburkan bagi R&D membantu kami menjimatkan perbelanjaan... dan kami berusaha untuk memastikan lapan daripada 10 projek yang dicuba mencapai tahap ia boleh dilaksanakan,” ujar Encik Seah.



Sejak 2002, PUB dengan rakan penyelidikan privet dan Yayaasan Penyelidikan Kebangsaan (NRF) telah melabur $453 juta dalam 600 projek R&D air dan berkejasama dengan rakan dari 27 negara.



Dalam kenyataannya, PUB berkata projek R&D ini merangkumi lingkungan persediaan teknologi – dari kajian asas kepada ujian skala makmal, industri dan komersial.



Permintaan air di Singapura dijangka meningkat seganda daripada 430 juta gelen air (mgd) sehari pada hari ini kepada 860 mgd sehari pada 2060.



Jumlah tenaga yang diperlukan bagi memenuhi permintaan ini dijangka meningkat empat kali ganda, daripada 1,000 GigaWat sejam GWh setahun kepada 4,000 GWh setahun.



Proses ini juga menjana seganda lebih banyak sisa, daripada 300,000 tan sisa setahun kepada 600,000 tan sisa setahun.



PUB telah menetapkan matlamat jangka panjang untuk memenuhi permintaan air pada 2060 tanpa menambah penggunaan tenaga dan penjanaan sisa.



Pada masa yang sama, ia juga telah mencapai beberapa matlamat untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan menambah sumber air bagi jangka pertengahan, kata Encik Seah.



Mengehadkan sisa – yang dirawat dan  dibuang seperti sampah biasa – adalah satu keperluan penting di Singapura yang mempunyai sumber tanah terhad, kata Encik Seah.



Walau tenaga boleh diimport atau dihasil menggunakan bahan api yang diimport dari luar negeri, harganya akan melambung di masa depan, tambah Encik Seah.



“Pada masa ini, kita mampu membeli (tenaga), tetapi harga tenaga akan meningkat. Jika kita tidak bertindak, kos menghasilkan air akan meningkat,” kata Encik Seah.



“Kita harus perlu sentiasa mencari jalan untuk mengunakan secara optimum sumber terhad yang kita ada.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >