Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

S'pura lancar pelan R&D, beri respons tangani wabak masa depan

PREPARE disokong dana $100j, hubungkan pakar pelbagai disiplin serta agensi pemerintah
Nov 04, 2022 | 05:30 AM



PROGRAM penyelidikan khusus yang dilancarkan semalam dengan sokongan dana sebanyak $100 juta bagi tempoh lima tahun, akan membolehkan Singapura mengumpulkan pakar pandemik untuk memberi respons terhadap ancaman wabak penyakit berjangkit pada masa depan.



Program bagi Penyelidikan dalam Kesiapsagaan dan Tindak Balas Epidemik, atau PREPARE, akan menghubungkan pakar dari pelbagai disiplin serta agensi pemerintah untuk menangani ancaman tersebut.



Ia juga akan melangkaui Singapura untuk mengukuhkan perkongsian penyelidikan, berkongsi maklumat dan pengetahuan serta kerjasama dengan institut di peringkat antarabangsa.



Melancarkan program tersebut semalam, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung berkata penyesuaian merupakan cara utama Singapura menangani keadaan Covid-19, dengan menggunakan panduan bukti sains dan data.



Katanya, ketika dunia mula menyambung semula kehidupan seperti biasa, adalah penting untuk merenung peranan penyelidikan dan sains dalam menyokong tindak balas wabak.



Ini termasuk mereka yang terlibat, dan pengajaran yang dipelajari daripada pengalaman ini.



Mengariskan peranan utama dimainkan oleh pihak berkepentingan ini, Encik Ong berkata Profesor Wang Linfa dari Sekolah Perubatan Duke-NUS dan pasukannya dapat mengasingkan virus itu dalam beberapa hari selepas kes Covid-19 setempat pertama yang disahkan.



Ini meletakkan asas untuk penyelidikan masa depan.



Kajian-kajian ini memberikan pandangan penting untuk membantu Kementerian Kesihatan (MOH) merangka dan menyesuaikan dasar sepanjang pandemik, katanya.



Tiga minggu selepas urutan virus itu diterbitkan, pasukan penyelidikan dan klinikal di sini adalah antara yang pertama menghasilkan dan menggunakan kit diagnostik.



Profesor Wang, bersama Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*star), dan GenScript, sebuah syarikat bioteknologi global, membangunkan ujian serologi "yang pertama di dunia" untuk mengesan peneutralan antibodi tanpa memerlukan kemudahan Tahap-3 Biokeselamatan tinggi.



Pemodelan pasukan A*star bagi trajektori virus itu membantu pemerintah memahami cara ia boleh merebak dan membawa kepada Langkah Pengurusan Selamat.



Profesor Madya Barnaby Young dan Profesor Lisa Ng yang menerajui kajian oleh NCID dan A*star menunjukkan beban virus turun ke tahap agak rendah beberapa hari selepas timbulnya gejala.



Profesor David Lye dari NCID secara aktif melibatkan Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat, untuk memasukkan Singapura sebagai tapak ujian klinikal Covid-19 global. Ini membolehkan Singapura mendapat akses awal kepada ubat terapeutik seperti remdesivir.



Pakar sedemikian boleh terus bekerjasama di bawah usaha PREPARE, yang diketuai Profesor Wang.



Tugas segera mereka adalah untuk bekerjasama rapat dengan MOH untuk membangunkan rancangan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) wabak negara.



"Dengan mempunyai program penyelidikan khusus, kami boleh mengumpulkan pakar pelbagai disiplin di seluruh ekosistem penyelidikan pandemik, dengan cara yang selaras.



"Kami akan mengukuhkan lagi keupayaan sedia ada, termasuk membentuk rangkaian penyelidikan, bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi pemerintah, membangunkan alat, kaedah dan produk yang diperlukan untuk bertindak balas terhadap jangkitan pada masa hadapan ancaman wabak penyakit," tambah Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >