Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, AS lancar program bantu wanita di sektor teknologi

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Amerika Syarikat telah melancarkan satu program kelmarin untuk membantu wanita dalam industri teknologi di kedua-dua negara belajar daripada satu sama lain, membina hubungan antarabangsa dan memperluas perusahaan mereka ke luar negara.



Program itu antara lain merangkumi sesi menjalin rangkaian dan bimbingan serta bengkel, menurut Jabatan Perdagangan Amerika serta Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) Singapura menerusi satu kenyataan.



Program tersebut dilancarkan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, yang sedang mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat minggu ini, serta Setiausaha Perdagangan Amerika, Cik Gina Raimondo, semasa satu persidangan pelaburan dekat Washington.



Cik Teo dan Cik Raimondo turut menyertai satu perbincangan panel dengan pemimpin perniagaan wanita Singapura tentang bagaimana pemerintah boleh menyokong usahawan teknologi wanita serta menarik dan membangunkan lebih ramai karyawan wanita dalam industri teknologi.



Menyingkap pengalamannya sebagai wanita yang sebelum ini mempunyai kerjaya dalam industri teknologi, Cik Raimondo, berkata kadangkala beliau hanya perlu tahu apa untuk ditanya, siapa untuk dihubungi dan cara terbaik untuk menyampaikan kedudukan syarikatnya.



"Seringkali, wanita tidak dilibatkan dalam perbincangan tidak rasmi dalam rangkaian.



"Sebab itulah kami ingin memulakan rangkaian bimbingan ini," ujar Cik Raimondo yang merupakan seorang penyedia modal sebelum ini.



Tambahnya, mentor di Amerika boleh menyokong usahawan wanita Singapura yang ingin berjaya di Amerika manakala mentor di Singapura juga boleh menyokong usahawan wanita Amerika yang inginkan pendedahan kepada ekosistem teknologi Singapura.



Cik Teo, yang juga telah bertemu dengan pemimpin industri teknologi di San Francisco, berkata Singapura boleh membuka laluan ke Asia Tenggara bagi mereka, dengan ekonomi digital di rantau ini dianggarkan bernilai AS$360 bilion ($499 bilion) menjelang 2025.



Malah, hampir separuh daripada 35 'unicorn' - istilah yang digunakan bagi syarikat pemula yang mempunyai nilai AS$1 bilion atau lebih - di rantau ini berpangkalan di Singapura, ujarnya.



"Wanita dalam industri teknologi boleh menjadi penghubung bagi perusahaan antarabangsa memperluas ke Asia Tenggara," kata Cik Teo.



Wanita membentuk sekitar 41 peratus daripada tenaga kerja teknologi di Singapura, lebih daripada kadar purata sedunia iaitu 28 peratus, menurut kajian Boston Consulting Group pada 2020.



Di Amerika, wanita membentuk sekitar 26 peratus daripada tenaga kerja komputing di negara itu tahun lalu, menurut perangkaan tenaga kerja rasmi oleh Pusat Nasional bagi Wanita dan Teknologi Maklumat.



Program bimbingan dan menjalin rangkaian itu merupakan sebahagian daripada Kerjasama Amerika-Singapura bagi Pertumbuhan dan Inovasi, yang memberi tumpuan pada pertumbuhan inklusif dalam ekonomi digital dan bandar bijak, dalam kalangan sektor baru yang lain.



Program tersebut dilancarkan semasa Sidang Puncak Pelaburan SelectUSA, sebuah persidangan perniagaan yang mendapat sokongan pemerintah Amerika untuk menarik pelaburan asing.



Singapura menghantar kumpulan delegasi yang terbesar ke persidangan itu tahun ini, dengan Enterprise Singapore menyokong 39 anggota delegasi daripada 28 syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >