Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

S'pura lancar program latihan bagi pegawai Timor-Leste

Dec 09, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA telah melancarkan program latihan bagi para pegawai Timor-Leste dalam menyokong negara itu membina keupayaan membuat persiapan bagi keanggotaan Asean.



Dinamakan 'Sokongan Kesediaan Asean Singapura-Timor-Leste', atau dipanggil Stars secara ringkas, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata pakej itu akan terdiri daripada kursus bagi lebih 300 pegawai Timor-Leste.



Pakej tersebut dilancarkan semasa lawatan negara Presiden Timor-Leste, Encik José Ramos-Horta, ke Singapura.



Lawatan negara itu berlangsung dari 6 Disember hingga lusa.



Semasa lawatan itu, beliau mengunjungi Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang telah menjemputnya untuk makan tengah hari bersama.



Dalam catatan Facebook, Puan Halumah berkata: "Sebagai rakan negara muda, kami biasa dengan nilai kerjasama serantau dan perkongsian dua hala yang saling menguntungkan.



"Singapura akan terus menyokong Timor-Leste dalam perjalanan pembangunan melalui usaha pembangunan keupayaan.



Selain itu, Encik Ramos-Horta telah menyampaikan ceramah Singapura ke-45 anjuran Institut ISEAS-Yusof Ishak semasa Lawatan Negara.



Pakej Stars sejajar dengan saranan misi mencari fakta (FFM) tiga tunggak masyarakat Asean bagi menentukan kesediaan Timor-Leste menjadi anggota Asean.



Ia akan merangkumi dua bidang keutamaan iaitu latihan pengetahuan dan kemahiran Asean, serta pembangunan keupayaan pendidikan.



Kursus pengetahuan dan kemahiran Asean bertujuan melengkapkan para pegawai Timor Leste untuk mengambil bahagian secara berkesan dalam mesyuarat-mesyuarat Asean.



Ia terdiri daripada kursus mengenai perhubungan bahasa Inggeris, mengambil nota dan menulis laporan, dan rundingan untuk lebih daripada 200 pegawai Timor-Leste.



Keupayaan kursus pendidikan ini menyasarkan untuk melengkapi dan menyokong perkembangan sistem pendidikan Timor-Leste untuk membantu generasi muda mengambil bahagian masyarakat Asean.



Lebih 300 pegawai Timor-Leste akan ditawarkan latihan di bawah pakej ini, yang akan merangkumi tujuh kursus.



Singapura akan menawarkan program latihan bagi pelatih untuk sekitar 100 guru, pentadbir sekolah dan pegawai pendidikan dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional dan Latihan (TVET), serta pentadbiran sekolah dan pembangunan kurikulum.



Presiden Ramos-Horta juga menghadiri upacara penamaan hibrid orkid baru, yang dinamakan sebagai penghormatan kepadanya.



Beliau telah melawat Taman Orkid Kebangsaan semalam di Kebun Bunga Singapura.



Turut menemaninya ialah Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >