Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura lantik duta ke Indonesia

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



MANTAN Pesuruhjaya Tinggi Singapura keAustralia, Encik Kwok Fook Seng akan dilantik sebagai Duta Singapura ke Indonesia bulan depan.



Sejak menyertai Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 1995, Encik Kwok telah berkhidmat dalam portfolio yang berkaitan dengan Asia Selatan dan Amerika Latin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan Asia Tenggara, termasuk Asean.



Beliau merupakan Pembantu Khas kepada Menteri Ehwal Luar pada waku itu, Profesor S Jayakumar, pada 2001.



Encik Kwok ialah Setiausaha Pertama (Politik) di Misi Tetap Singapura ke PBB di New York dari 1997 hingga 2000, di mana beliau membuat liputan bagi Jawatankuasa Kedua dan Kelima PBB.



Dari 2002 hingga 2006, beliau mengetuai Meja Projek Khas yang mengendalikan kes timbang tara antarabangsa di Tribunal Antarabangsa bagi Undang-undang Laut dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa.



Beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dari 2006 hingga 2008.



Beliau adalah Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan Asean-Singapura dari 2009 hingga 2010, mengawasi penyertaan Singapura dalam semua forum serantau di bawah Asean.



Dari 2011 hingga 2014, beliau merupakan Wakil Tetap Singapura kepada Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan Pertubuhan Hak Cipta Intelektual Sedunia (Wipo) di Geneva.



Beliau mempengerusikan Jawatankuasa Penyelarasan (Lembaga Eksekutif) Wipo dari 2012 hingga 2013.



Di WTO, beliau mempengerusikan Sesi Khas Jawatankuasa Perdagangan dan Pembangunan dari 2012 hingga 2014.



Sebagai Duta Perubahan Iklim dari 2014 hingga 2016, beliau mengetuai pasukan yang berunding dan memuktamadkan Perjanjian Paris pada Persidangan Parti Ke-21 Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Paris pada Disember 2015.



Beliau berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Australia dari Ogos 2016 hingga Mac 2022.



Encik Kwok telah dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam (Gangsa) pada 2006 dan Pingat Pentadbiran Awam (Perak) pada 2008.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >