Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura lapor 15 kes import baru, tiada kes masyarakat

Mar 19, 2021 | 11:36 PM



KESEMUA 15 kes Covid-19 baru yang disahkan pada Jumaat (19 Mac) adalah kes yang diimport, termasuk satu penduduk tetap Singapura berusia 52 tahun yang pulang dari India.



Dua kes melibatkan pemegang pas tanggungan yang tiba dari Nepal dan Switzerland.



Satu lagi kes melibatkan pemegang pas kerja yang datang dari United Kingdom dan lapan adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, Indonesia, India dan Filipina.



Satu kes melibatkan anak kapal yang memegang pas istimewa dan tiba di sini menaiki kapal dari Indonesia.



Baki dua kes melibatkan pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari Bangladesh.


Sementara itu, lagi lima kes telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.


Secara keseluruhan, 60,019 pesakit telah pulih daripada Covid-19 sejauh ini.

Lagi 15 kes masih dirawat di hospital.


Seramai 103 pesakit pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.


Sejumlah 30 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan Covid-19 sejauh ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >