Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura lapor 18,593 kes baru Covid-19, 1,615 pesakit dimasukkan ke hospital

Feb 25, 2022 | 12:40 AM



SINGAPURA melaporkan 18,593 kes baru Covid-19 setakat tengah hari Khamis (24 Feb), terdiri daripada 18,434 kes tempatan dan 159 kes import.



Terdapat 12 kematian, menjadikan jumlah kematian akibat komplikasi virus itu kepada 975 kematian.



Terdapat 1,615 pesakit dimasukkan ke hospital, menurut statistik jangkitan terkini di laman web Kementerian Kesihatan (MOH). 



Seramai 221 pesakit memerlukan suplemen oksigen.



44 pesakit pula berada di unit rawatan rapi (ICU), berbanding 46 pesakit pada Rabu lalu.



Kebanyakan jangkitan Covid-19 baharu Singapura adalah kes Protokol 2, iaitu mereka yang tidak ada simptom atau mempunyai simptom ringan.



Antara kes yang dilaporkan pada Khamis, 16,601 kes diklasifikasikan di bawah Protokol 2, terdiri daripada 16,519 kes tempatan dan 82 kes import.



Sebanyak 1,992 kes lagi disahkan melalui ujian ujian reaksi rantai polimerase (PCR), dengan 77 daripadanya adalah jangkitan import.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan ialah 1.37, turun daripada 1.49 pada Rabu lalu.



Singapura telah mencatatkan 661,198 kes COVID-19 sejak permulaan wabak itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >