SEBANYAK 18,597 kes baru Covid-19 dilaporkan pada Jumaat (25 Feb), meningkat daripada 18,593 kes pada hari sebelumnya.
Ini merupakan hari kedua berturut-turut jumlah kes baru harian berada di bawah paras 20,000, selepas ia melebihi angka itu pada Selasa dan Rabu lalu.
Terdapat 1,584 kes Covid-19 di hospital, merosot daripada 1,615, menurut statistik jangkitan terkini di laman Kementerian Kesihatan (MOH).
Seramai 211 pesakit memerlukan bantuan oksigen, manakala 46 pesakit pula berada di unit rawatan rapi (ICU), tambah MOH.
Terdapat 11 kematian, menjadikan jumlah kematian akibat komplikasi virus itu kepada 986 korban.
Antara kes yang dilaporkan pada hari ini, 15,313 kes dikesan melalui ujian pantas antigen (ART), bermakna pesakit tidak menunjukkan gejala atau hanya mempunyai tanda-tanda ringan.
Sebanyak 3,070 kes lagi disahkan melalui ujian ujian reaksi rantai polimerase (PCR).
Terdapat 214 kes import baharu - 116 dikesan melalui ujian PCR dan 98 melalui ART.
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan ialah 1.26, turun daripada 1.37 pada Rabu lalu.
Singapura telah mencatatkan 679,795 kes Covid-19 sejak wabak ini bermula.