SEBANYAK 20,312 kes baru Covid-19 dilaporkan pada Rabu (23 Feb), turun daripada rekod 26,032 kes jangkitan pada Selasa (22 Feb).
Ini adalah hari kedua berturut-turut kes baru setiap hari telah melebihi paras 20,000 kes.
Terdapat sejumlah 1,587 kes Covid-19 di hospital pada hari Rabu, turun daripada 1,608 pada hari Selasa, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Terdapat 46 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 200 pesakit memerlukan sokongan oksigen, tambah MOH. Tujuh kematian juga dilaporkan
Daripada kes tempatan, 17,267 dikesan melalui ujian pantas antigen (ART), yang bermaksud pesakit tidak menunjukkan simptom atau simptom mereka ringan.
Sebanyak 2,885 kes lagi dikesan melalui pemeriksaan ujian reaksi rantai polimerase (PCR).
Terdapat 160 kes import baru, terdiri daripada 105 kes dikesan melalui ujian PCR dan 55 melalui ujian ART.
Sehingga Rabu, Singapura telah merekodkan sejumlah 642,605 kes Covid-19, dengan 963 kematian.
Kira-kira 91 peratus daripada populasi yang layak telah melengkapkan rejimen vaksinasi penuh, dan 66 peratus telah menerima suntikan penggalak.