Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UNDANG-UNDANG & ANDA

S'pura lokasi selamat bagi pelabur

Apr 11, 2021 | 05:30 AM



HASIL daripada pelbagai usaha pihak pemerintah, Singapura sudah menjadi hab terkemuka untuk pengurusan dana.



Dari pengalaman saya, terdapat kemasukan dana dari India, China dan Eropah yang menggunakan Singapura sebagai tapak permulaan untuk pelaburan di Asia Tenggara.



Ini merangkumi beberapa sektor penting termasuk teknologi, e-dagang dan sektor yang boleh diperbaharui.



Rencana ini meneroka daya tarikan di Singapura dalam menarik pelabur, yang berasal dari dasar-dasar peraturan yang memihak kepada pelaburan, struktur dana yang inovatif, dan peluang pelaburan domestik yang banyak.



SUASANA YANG BAIK UNTUK PELABUR



Untuk pelabur, Singapura adalah pintu masuk kepada Asia Tenggara - dengan pertumbuhan ekonomi pesat yang tidak dapat disangkal dan peluang pelaburan yang banyak.



Dengan pengalaman luas dan kekuatan dalam memudahkan urus niaga rentas sempadan, pelabur yang mahu menembusi pasaran Asean biasanya melakukan demikian melalui Singapura.



Dengan dasar fiskal yang kuat, keadaan politik yang stabil dan hampir bebas rasuah, Singapura menyediakan persekitaran yang sesuai dengan pelaburan yang masuk ke negara ini.



Menurut Petunjuk Tadbir Urus Di Seluruh Dunia yang dijalankan Bank Dunia pada 2019, Singapura mencapai persentil ke 97.6 dalam kestabilan politik, persentil ke 99.5 dalam kawalan rasuah, dan 100 persentil dalam keberkesanan pemerintah.



Sokongan dalam pelaburan kewangan juga disediakan dengan mudah di Singapura.



Sebagai hab kewangan serantau terkemuka di Asia Tenggara, adanya bank-bank antarabangsa dan pasaran modal yang kuat bermakna terdapat pelbagai pilihan kewangan untuk menyokong matlamat pelabur.



Pelabur boleh menggunakan kemudahan pengurusan kekayaan yang terdapat di sini, seperti syarikat amanah, organisasi dermawan, pejabat keluarga dan penyedia khidmat sampingan seperti penasihat cukai dan guaman.



Mereka juga boleh disokong oleh bakat pengurusan kekayaan setempat dan antarabangsa yang bertapak di Singapura.



Industri kewangan Singapura juga sedang membangun dengan berterusan untuk memastikan karyawan kewangan menepati tuntutan masa depan.



Contohnya, Program Penyerapan Kewangan yang dikendalikan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), melatih individu dalam bidang teknologi yang penting di dalam sektor kewangan seperti analitik data, pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan (AI).



Sebagai sebuah hab guaman, penasihat undang-undang boleh membantu struktur pelaburan dan memudahkan urus niaga, memberi nasihat tentang undang-undang di Singapura dan juga luar negara.



Jika sesuatu pelaburan tidak berjalan dengan betul, prasarana undang-undang di sini menyediakan penyelesaian pertikaian yang cekap.



RANGKA UNTUK PELABURAN DANA YANG KUAT



Pengurus Dana



Terdapat hampir 900 pengurus dana yang berdaftar dan berlesen di Singapura, dan lebih 45 pentadbir dan penjaga dana yang bertauliah di peringkat antarabangsa.



Pengurus dana dikawal selia dan diberi lesen oleh MAS, yang memastikan pelabur diberi perlindungan secukupnya, di samping menjadi fleksibel untuk membolehkan pengurus dana menjalankan operasi mereka secara kompetitif.



Contohnya, untuk melindungi aset pelabur, pengurus dana harus menjalankan dasar pengurusan risiko dan protokol audit dalaman sejajar dengan amalan terbaik industri dan garis pandu MAS.



Satu garis pandu yang baru ialah Garis Pandu Kebertanggungjawaban dan Kelakuan Individu, yang bertujuan mempromosikan kebertanggungjawaban individu pengurus kanan, dan menguatkan pengawasan mereka ke atas kelakuan anggota risiko material dan para pekerja.



Di luar perlindungan pengawalseliaan, Singapura menyediakan pelbagai struktur dana pelaburan untuk para pelabur.



Ini termasuk perkongsian liabiliti yang terhad, unit amanah, amanah perniagaan, dan amanah pelaburan hartanah (REIT).



Secara khususnya, undang-undang kami yang mengatur perkongsian liabiliti yang terhad ber



operasi serupa dengan bidang kuasa popular luar negara seperti Kepulauan Cayman.



Untuk menjadikan bidang kuasa kami lebih memikat seperti tempat simpanan dana, struktur dana yang inovatif seperti syarikat modal berubah (VCC) dan firma yang menguruskan pelaburan oleh perusahaan yang dijalankan keluarga mewah (SFO) telah diperkenalkan. Struktur ini dibincang di bawah.



SYARIKAT MODAL BERUBAH (VCC)



Baru-baru ini, kedudukan Singapura sebagai hab dana telah dibangkitkan oleh skim VCC.



VCC merupakan pengubahsuaian inovatif terhadap struktur syarikat liabiliti terhad, yang disesuaikan untuk kegunaan sebagai dana pelaburan. VV boleh dijalankan secara bersendirian, ataupun melalui beberapa dana kecil yang dijalankan secara kolektif dengan liabiliti berasingan (umbrella fund).



Terdapat beberapa kelebihan VCC berbanding struktur dana yang tradisional.



Untuk pelabur, mereka boleh memasukkan atau mengeluarkan dana dengan mudah kerana kelulusan pemegang saham tidak diperlukan. Pelabur juga boleh menerima aliran dividen yang lebih stabil kerana ia tidak perlu dibayar dari keuntungan yang dikekalkan dari dana itu. Privasi atau kebersendirian pelabur juga dilindungi kerana penyata kewangan dana dan pendaftaran pemegang saham adalah rahsia.



Untuk pengurus dana pula, struktur VCC menjimatkan kos dan mudah untuk ditadbir. VCC membolehkan beberapa dana beroperasi di luar bidang kuasa tunggal dengan sebuah rejim pengawalseliaan. Tambahan lagi, VCC hanya memerlukan satu penyata cukai korporat untuk difail dengan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras), tidak kira jumlah dana kecil yang ada.



Sebahagian kos VCC juga dibayar kembali, sebanyak 70 peratus kos pelancaran VCC hingga jumlah maksimum sebanyak $150,000 untuk setiap VCC. Seorang pengurus dana boleh mendapatkan kembali kos di bawah insentif ini sebanyak 3 pelancaran VCC, dan skim ini berjalan sehingga 15 Januari 2023.



Daya tarikan skim ini kepada pengurus aset boleh dilihat melalui kadar penggunaannya yang pantas. Sehingga pertengahan Ogos 2020, hanya tujuh bulan selepas pelancaran struktur VCC, 100 dana VCC telah digabungkan.



Jumlah tersebut telah meningkat dua kali ganda sejak itu, dengan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) mencatatkan lebih daripada 220 dana VCC di dalam pendaftarannya pada masa ini.



HARTA PERIBADI DAN INDIVIDU DAN KELUARGA BERNILAI TINGGI



Singapura juga merupakan destinasi yang sesuai untuk keluarga dan individu bernilai tinggi (HNWI).



Ia menjadi tuan rumah kepada lebih 200 firma yang menguruskan pelaburan oleh perusahaan yang dijalankan keluarga mewah (SFO).



SFO ini biasanya milik penuh ataupun dikawal oleh ahli keluarga yang sama.



Dalam respons kepada soalan yang diajukan di Parlimen pada Oktober 2020, Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam mengagak aset keseluruhan di bawah pengurusan SFO di Singapura mungkin bernilai kira-kira $27.2 bilion.



Oleh kerana MAS tidak mengawal selia atau memberi lesen SFO, terdapat kos pematuhan dan beban pengawalseliaan yang minimum.



Singapura mempunyai karyawan pelaburan di Singapura juga memenuhi keperluan nasihat pelaburan dalaman.



Tambahan lagi, Singapura mempunyai rangkaian pemegang amanah dan perakaunan profesional, dan juga karyawan cukai dan guaman yang berpengalaman dalam menstruktur dan mengurus aset dan pelaburan keluarga.



HNWI juga boleh memanfaatkan pelbagai insentif, geran dan skim.



Misalnya, di bawah Program Pelabur Global, pelabur global yang layak dan telah melabur sekurang-kurangnya $2.5 juta boleh mendapatkan status Penduduk Tetap.



Ini menggalakkan pelabur global yang mahu berpindah ke sini untuk melabur secara langsung di beberapa sektor atau menempatkan pelaburan mereka dengan pengurus dana yang berpangkalan di Singapura.



PASPORT DANA



Beberapa struktur dana di Singapura juga disediakan dengan pengurangan halangan pengawalseliaan untuk pelabur dari luar negara melalui pasport dana.



Pasport dana membolehkan dana dari sesebuah negara menawarkan langganan di dalam dana tersebut kepada seseorang yang berada di negara lain.



Singapura kini termasuk dalam skim dana pasport, Skim Pelaburan Kolektif Asean (dengan Malaysia dan Thailand), dan sedang menanti untuk menjadi ahli skim Pasport Dana Rantau Asia (yang dianggotai Australia, New Zealand, Korea Selatan, Thailand dan Jepun). Ini menyediakan pengurus dana di Singapura dengan lebih banyak akses kepada pelabur asing dalam ekonomi yang mengambil bahagian.



PELBAGAI PELUANG PELABURAN



Singapura menyediakan peluang pelaburan yang pelbagai di mana pelabur boleh memilih berdasarkan risiko yang diinginkan.



Untuk peluang jangka panjang yang lebih stabil, pelabur boleh melabur dalam pasaran Singapura yang dikawal selia dengan baik.



Pelabur yang tidak aktif memantau dan mengubah suai pelaburan mereka mungkin lebih suka unit amanah atau dana perdagangan pertukaran.



Pelaburan yang tidak menentu termasuk wadah pertukaran kewangan kripto seperti Binance.



Pelabur sedemikian juga dilindungi keperluan dan kelulusan pengawalseliaan, menjadikan Singapura negara yang dipercayai untuk terlibat dalam aktiviti kewangan tersebut.



Pelabur boleh melabur di dalam ekosistem teknologi yang sedang membangun di sini. Pemerintah Singapura menggalakkan pembangunan syarikat pemula atau start-up menerusi geran pemerintah, insentif cukai dan skim inkubasi. Salah satu skim tersebut ialah 'Fintech Regulatory Sandbox' yang dijalankan MAS, di mana ia membolehkan syarikat start-up tahap permulaan untuk membangun tanpa beban pengawal selia.



Ekosistem teknologi itu disokong landskap modal teroka yang bertenaga.



Contohnya, Vickers Venture Partners telah melabur di dalam syarikat start-up teknologi kewangan (fintech) MatchMove.



Pemerintah Singapura menggalakkan pelaburan sebegini dengan skim seperti Start Up SG, di mana pemerintah membuat pelaburan bersama dengan pelabur bebas atau melabur secara langsung dalam dana modal teroka yang menyasarkan syarikat teknologi awal peringkat awal yang berpusat di Singapura, dengan tumpuan utama dalam teknologi pertanian atau bioperubatan.



Sejajar dengan agenda pembangunan lestari nasional Singapura, Rancangan Hijau Singapura 2030 juga mewujudkan banyak peluang untuk melabur dalam projek tenaga boleh diperbaharui.



Pemerintah Singapura baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menawarkan bon hijau untuk projek prasarana bernilai $19 bilion. Salah satu projek tersebut ialah Tuas Nexus, kemudahan rawatan sisa dan air bersepadu pertama di Singapura.



Dalam sektor swasta, syarikat juga telah memulakan projek tenaga yang boleh diperbaharui seperti projek Amazon dalam sistem tenaga suria di Singapura.



Semakin meningkat populariti pelaburan tenaga di seluruh Asia Tenggara akan memantapkan Singapura sebagai hab kewangan hijau terkemuka di Asia.



REJIM CUKAI SOKONGAN



Singapura memiliki rejim cukai dan insentif bagi dana pelaburan yang berdaya saing untuk dana pelaburan yang berdenominasi di Singapura.



Contohnya, Skim Pengecualian Cukai Dana Dalam Negeri (Syarikat Penduduk Singapura) mengecualikan dana yang layak dari cukai ke atas pendapatan tertentu yang diperoleh daripada pelaburan seperti saham, bon, sekuriti dan derivatif.



Untuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dana yang dapat menuntut GST dikenakan semasa membeli perkhidmatan untuk operasi mereka misalnya, perkhidmatan pengurusan dana.



Pengurangan GST ini baru-baru ini diperluas di luar syarikat swasta Singapura untuk menyertakan dana modal diluluskan.



Selain insentif cukai, Singapura juga memiliki rangkaian perjanjian yang luas, termasuk sekitar 90 Perjanjian Percukaian Berganda yang menyeluruh dengan negara-negara lain.



Bagi pelabur bernilai tinggi, memegang aset modal dan kekayaan mereka di Singapura adalah langkah strategik kerana ketiadaan cukai keuntungan modal dan cukai harta pusaka.



Ini membantu dalam perancangan jangka panjang dan mengembangkan kekayaan pelbagai generasi.



KESIMPULAN



Dengan usaha yang berterusan oleh pihak berkuasa dan rakan industri untuk berinovasi dan memberikan respons kepada keperluan pelabur, Singapura akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab kewangan serantau dan sejagat dan menarik pelabur untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan industri-industri di sini.



  • Penulis adalah rakan kongsi di firma guaman Reed Smith LLP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >