Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura longgar sekatan bagi pelawat M'sia, Indonesia, UAE, antara lain

Oct 23, 2021 | 03:56 PM



SINGAPURA akan melonggar sekatan bagi pelawat dari beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Amiriah Arab Bersatu (UAE), sedang negara-negara itu akan diklasifikasi sebagai negara Kategori III mulai 11.59 malam 26 Oktober.



Ini bermakna pelawat dari negara-negara ini, sama ada divaksin atau tidak, boleh memilih untuk menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) 10 hari di tempat penginapan pilihan mereka yang sesuai, sama ada di rumah, hotel atau apartmen servis.



Mereka tidak perlu menjalani di kemudahan kuarantin khusus,  kata Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) pada Sabtu (23 Okt).



Negara-negara yang akan dimasukkan dalam klasifikasi Kategori III itu termasuk Kemboja, Mesir, Hungary, Indonesia, Israel, Malaysia, Mongolia, Qatar, Rwanda, Samoa, Seychelles, Afrika Selatan, Tonga, UAE dan Vietnam bermula 26 Oktober 11.59 malam.



Antara lain, pelawat perlu menggunakan alat pemantauan elektronik semasa tempoh SHN ini.



“Pelawat yang akan tinggal bersma individu rentan yang tidak divaksinasi amat digalakkan untuk menjalani SHN dalam pengasingan di bilik berlainan dan mengurangkan kontak dengan anggota isi rumah yang rentan.



“Pelawat juga mesti mengambil pengangkutan privet ke tempat tinggal atau penginapan yang diisytihar dan tidak dibenarkan mengambil pengangkutan awam, iaitu bas atau kereta api awam,” kata MTF dalam kenyataannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >