Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura longgar sekatan dalam 2 fasa: saiz kumpulan dengan had 5 orang mulai 14 Jun; makan di kedai mulai 21 Jun

Jun 10, 2021 | 05:03 PM



ORANG ramai boleh berhimpun dalam kumpulan sehingga seramai lima orang mulai Isnin (14 Jun) apabila Singapura melonggarkan sekatan dalam dua tahap menyusuli kemerosotan jumlah kes Covid-19 baru yang mantap dalam masyarkat.



Seandainya keadaan ini kekal terkawal, kelonggaran lanjutan undang-undang yang ditetapkan - termasuk membenarkan orang ramai makan dan minum di premis jualan makanan dan minuman - ia mungkin akan dilaksanakan seminggu selepas itu, pada 21 Jun.



Ini bererti menjamu selera di kedai makan tidak dibenarkan bagi Hari Bapa yang jatuhnya pada 20 Jun.



Namun, bekerja dari rumah akan kekal sebagai satu ketetapan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Khamis (10 Jun). Ini akan mengurangkan interaksi dan pergerakan orang awam di kawasan awam atau berhampiran tempat bertugas di samping pengangkutan awam.



"Sedang kita secara beransur-ansur mengembalikan lebih banyak kegiatan, saya menggesa setiap orang agar kekal berjaga-jaga. Kita mungkin akan melihat beberapa kes setiap hari tetapi begitulah keadaan virus ini. Apa yang kita harapkan dan sasarkan ialah memastikan bilangan keseluruhan kes Covid-19 ini kekal rendah dan elakkan daripada kelompok besar terbentuk," kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, yang mempengerusikan bersama pasukan bertindak  berbilang kementerian bagi menentang pandemik ini.



Bilangan kes Covid-19 dalam masyarakat turun banyak sejak Singapura mengenalkan langkah lebih tegas bulan lalu dengan hanya dua kes masyarakat dilaporkan pada Rabu.



Selain menambah saiz perhimpunan sosial, langkah pertama Singapura dalam pembukaan semula pada 14 Jun akan melihat had tampungan operasi bagi daya tarikan, kapal persiaran, muzium dan perpustakaan awam akan meningkat dari 25 peratus ke 50 peratus.



Had bilangan individu bagi acara seperti tayangan filem, persembahan 'live', upacara ibadah dan pernikahan akan juga ditambah. Ujian praacara akan diperlukan bagi acara dengan 50 hadirin.



Dalam langkah kedua yang dijadualkan berkuatkuasa pada 21 Jun, kumpulan yang menjamu selera di premis makanan dan minuman dihadkan hingga lima orang. Pihak berkuasa akan mempertingkat langkah penguatkuasaan secara ketara dan akan mengambil tindakan lebih tegas jika wujud sebarang pelanggaran undang-undang, jelas MOH.



Kegiatan lain seperti jemputan kahwin dan permainan alat muzik tiupan di acara 'live' akan dikembalikan.



MOH menambah, gimnasium dan studio kecergasan juga boleh meneruskan semula kegiatan sukan tanpa menggunakan pelitup di ruang tertutup dengan jarak selamat sekurang-kurangnya dua meter antara individu diperhatikan dan sekurang-kurangnya tiga meter bagi kumpulan hingga lima orang.



Kelas sukan di ruang tertutup atau terbuka akan dihadkan pada 30 orang termasuk jurulatih dan terpecah dalam kumpulan seramai lima orang.



Kelas tuisyen dan pengayaan bagi kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah boleh diteruskan dengan langkah pengurusan selamat diperkukuh. Langkah ini akan diumumkan Kementerian Pendidikan(MOE).



Kelas seni dan budaya yang lebih berisiko tinggi seperti menyanyi dan bermain alat tiupan akan juga dibenarkan untuk disambung semula, tambah MOH.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >