Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:30
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'PURA LONGGARKAN SEKATAN COVID-19

Tambahan bilangan tetamu walimah disambut baik

Namun, bakal mempelai dan penyedia khidmat prihatin tentang kos dan logistik bagi ujian praacara
Mar 26, 2021 | 05:30 AM



KELONGGARAN untuk membolehkan bilangan hadirin yang lebih ramai dalam walimah disambut baik oleh bakal mempelai dan penyedia khidmat majlis perkahwinan.



Mereka yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata langkah itu memang sesuatu yang dialu-alu, meskipun mereka tetap prihatin dengan kos dan keperluan logistik bagi ujian praacara yang diperlukan.



Menurut beberapa penyedia khidmat perkahwinan, lebih 50 peratus daripada klien yang sudahpun melanggani khidmat mereka, memilih menambah bilangan tetamu daripada 100 sekarang kepada 250.



Pemilik Puteri Wedding Services, Cik Aishah Jaafar, 67 tahun, berkata bakal mempelai yang telah mendaftar untuk mendapatkan khidmatnya sehingga akhir tahun ini, hampir semuanya telah meluahkan hasrat mahu menambah bilangan tetamu mereka.



"Saya ada sekitar 50 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan bermula lepas Raya sekitar Jun hingga Disember, dan hampir kesemuanya telah menghubungi saya mahu menambah bilangan tetamu mereka kepada 250.



"Sekurang-kurangnya kini lebih ramai ahli keluarga dan sahabat handai yang boleh diundang ke majlis walimah mereka," ujarnya.



Turut mengalu-alukan langkah terbaru pemerintah itu ialah pengarah penjualan Tiara Waterfront, Cik Noor Jannah, 49 tahun, yang juga menerima banyak pertanyaan daripada kliennya berhubung perubahan terbaru itu.



"Ramai pasangan telah lama sabar menanti agar bilangan tetamu ditambah kerana mereka mempunyai ahli keluarga yang ramai, jadi pastinya mereka gembira dengan pengumuman ini.



"Ia juga memberi lebih banyak fleksibiliti kepada pasangan untuk mengundang lebih ramai tetamu daripada keluarga kedua-dua pihak pengantin lelaki dan wanita," katanya lagi.



Pengumuman tentang kelonggaran yang membenarkan lebih ramai orang menghadiri acara awam termasuk majlis perkahwinan dibuat Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 itu kelmarin.



Ia akan mula berkuat kuasa mulai 24 April depan.



Semua tetamu dan pengantin bagaimanapun perlu menjalani pengujian sebelum acara, dan tetamu perlu dibahagi mengikut zon atau slot masa dengan had 50 tetamu setiap satu.



Majlis melibatkan kurang 100 hadirin tidak memerlukan pengujian sebelum acara.



Pengujian ini menghendaki peserta diuji sebelum menghadiri acara dan tidak lebih daripada 24 jam sebelum akhir penyertaan mereka dalam acara itu.



Ia boleh dilakukan di tempat acara atau di klinik atau kemudahan pengujian khusus.



Hanya peserta dengan keputusan negatif akan dibenarkan mengambil bahagian dalam acara itu.



Mengulas tentang pengujian sebelum acara, pemilik The Chic Wedding, Cik Zareeza Butt, 30 tahun, berkata beliau tidak melihat langkah ini sebagai satu isu yang merumitkan bagi tetamu yang akan datang.



"Buat masa sekarang, mungkin ada yang masih kurang selesa melakukan ujian swab.



"Tetapi memandangkan kita akan menjalani bulan puasa dan Raya sebelum musim perkahwinan bermula, saya rasa waktu itu lebih ramai yang sudah divaksinasi," ujarnya.



Meski kebanyakan bakal pasangan memilih menambah bilangan tetamu, terdapat juga mereka yang memilih terus kekal dengan bilangan tetamu.



Pekerja penerbitan, Cik Ifa Shaniz Abdul Jalil, 26 tahun, berkata beliau lebih memilih mengadakan majlis perkahwinan yang lebih kecil.



"Kita tidak menimbangkan menambah bilangan tetamu kerana ini akan menambah kos. Perkahwinan sekarang meski kecil, tetapi tetap mahal terutama semasa masa-masa sukar," ujarnya.




"Ramai pasangan telah lama sabar menanti agar bilangan tetamu ditambah kerana mereka mempunyai ahli keluarga yang ramai, jadi pastinya mereka gembira dengan pengumuman ini."
- Cik Noor Jannah, pengarah penjualan Tiara Waterfront.



"Buat masa sekarang, mungkin ada yang masih kurang selesa melakukan ujian swab.

Tetapi memandangkan kita akan menjalani bulan puasa dan Raya sebelum musim perkahwinan bermula, saya rasa waktu itu lebih ramai yang sudah divaksinasi."

- Cik Zareeza Butt, pemilik The Chic Wedding.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >