Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

S'pura lulus bekalan ayam beku, sejuk dari Indonesia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura lulus bekalan ayam beku, sejuk dari Indonesia

Jul 01, 2022 | 05:30 AM

SINGAPURA akan berpeluang menerima bekalan ayam dari Indonesia tidak lama lagi.

Dalam satu catatannya semalam, Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata Indonesia telah diluluskan sebagai sumber baru untuk Singapura bagi daging ayam beku, sejuk dan yang diproses.

SFA menambah bahawa ayam dari syarikat-syarikat Indonesia yang diluluskan kini boleh diimport.

Sumber-sumber ayam untuk Singapura pada masa ini termasuk Brazil, Thailand dan Australia.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, juga membuat catatannya mengenai pengumuman itu semalam.

Beliau berkata bahawa dengan menambah Indonesia dalam senarai 20 negara yang diiktiraf Singapura bagi mengimport ayam merupakan satu lagi langkah ke hadapan bagi usaha negara ini meluaskan sumber dan mempertingkat daya tahan dalam bekalan makanannya.

"Pembekal sejagat akan terus berhadapan dengan ketidaktentuan, dan kita mesti bersedia secara psikologi untuk menghadapi lebih banyak gangguan dan harga yang tidak menentu.

"Sedang pemerintah membuat perancangan jangka panjang dan tindakan proaktif bagi melindungi bekalan makanan Singapura, pengguna dan industri makanan juga mempunyai peranan penting untuk dimainkan," katanya.

Cik Fu menambah bahawa bersikap fleksibel dalam pemilihan makanan dan bersedia untuk mengubah kepada produk alternatif bila perlu akan membantu meningkatkan daya tahan Singapura.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3