Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura masuk Fasa 3 pada 28 Dis, 8 orang dibenarkan bagi perhimpunan sosial: PM Lee

Dec 14, 2020 | 06:34 PM



SINGAPURA akan memasuki fasa ketiga pembukaan semula dalam masa dua minggu lagi pada 28 Disember, jelas Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Isnin (14 Disember).



Menurutnya, saiz kumpulan yang dibenarkan bagi perhimpunan sosial akan ditambah dari lima hingga lapan, dengan had tampungan di ruang awam seperti pusat beli-belah, daya tarikan dan ruang sembahyang akan ditambah.



Dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen, Encik Lee menyampaikan penghargaannya kepada warga Singapura yang berpandukan semangat mematuhi undang-undang bagi mengawal koronavirus.



"Kita kekal bersatu, sentiasa berjaga-jaga dan tidak membenarkan diri kita mudah berpuas hati dari masa ke masa. Dengan sokongan penuh setiap orang, langkah berjaga-jaga yang dikuatkuasakan berjaya dan kita boleh melonggarkan sekatan yang dilaksanakan. Dan kita boleh berbangga dengan pencapaian kita sejauh ini," ujar Encik Lee.



Fasa ketiga bererti Singapura akan menamatkan tahun 2020 ini dengan berita baik, ujarnya.



Encik Lee menjelaskan hampir setahun lamanya sejak kes Covid-19 pertama di Singapura dikesan pada 23 Januari lalu.



Namun, banyak telah berubah dalam tempoh beberapa bulan lalu, dengan Singapura berjaya mengurangkan bilangan kes jangkitan Covid-19 baru dari lebih 1,000 kes pada Mac dan April lalu kepada sifar kes jangkitan tempatan bagi kebanyakan hari kini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >