S'pura meterai MOU dengan badan makanan PBB
Jun 10, 2015 | 05:30 AM
SINGAPURA memeterai satu memorandum persefahaman (MOU) dengan Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO) di Rome, semalam.
Perjanjian itu ditandatangani Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, dengan Pengarah Besar FAO, Dr Jose Graziano da Silva.