Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN LAPORAN BATAL PROJEK HSR SG-M'SIA

S'pura minta penjelasan M'sia

Jun 02, 2018 | 05:30 AM



MENTERI Penyelaras bagi Infrastruktur dan Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan semalam berkata Singapura telah meminta kerajaan Malaysia, menerusi saluran diplomatik, supaya menjelaskan kedudukan negara itu terhadap projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.



Ini berikutan laporan media baru-baru ini bahawa Malaysia mengambil keputusan mahu membatalkannya.



"Kami memaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa Singapura terus menanggung kos projek ini.



"Kami menantikan penjelasan dari Malaysia dan andai Malaysia menghentikannya, Singapura akan mengkaji kesan dan mengambil tindakan menuntut hak kami (termasuk hak ganti rugi bagi perbelanjaan yang telah dikeluarkan) selaras syarat Persetujuan Dua Hala HSR," kata Encik Khaw menerusi kenyataan semalam.



"Apabila Malaysia mencadangkan projek HSR kepada Singapura pada 2013, Singapura bersetuju kerana kami yakin akan manfaatnya kepada Singapura.



"Kami percaya bahawa rel berkelajuan tinggi menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur akan menjadi kepentingan bersama, daripada segi ekonomi, persahabatan dan persefahaman dua negara."



Kabinet Malaysia bersetuju membatalkan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura disebabkan kosnya yang tinggi, tertakluk pada perbincangan bersama pemerintah Singapura, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Rabu lalu.



Namun, rancangan membina laluan Sistem Transit Rapid (RTS) rentas sempadan antara Johor Bahru dengan Singapura diteruskan, kata Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke.



Menurut Dr Mahathir, projek HSR, dianggar bernilai RM110 bilion ($37 bilion), dibatalkan kerana perkara terpenting bagi negaranya sekarang "adalah mengurangkan jumlah pinjaman oleh kerajaan".



Beliau menganggap projek HSR sebagai antara projek mega yang akan membuat kerajaan Malaysia menanggung belanja mencecah berbilion ringgit.



Kerajaan Pakatan Harapan berusaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan sejak berkuasa pada 9 Mei.



Ini selepas didedahkan bahawa pentadbiran mantan perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikalahkannya menanggung hutang negara sebanyak RM1 trilion.



Khidmat HSR KL-Singapura disasar bermula menjelang 31 Disember 2026.



Projek tersebut dijangka mengurangkan masa perjalanan antara Singapura dengan Kuala Lumpur kepada 90 minit, berbanding lebih empat jam memandu.



Laporan lanjut: Pembatalan HSR turut jejas kepentingan China, rakan kongsi ekon lain




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >