S'pura mohon maklumat dari M'sia tentang projek pindah kapal-ke-kapal
Apr 06, 2019 | 05:30 AM
SINGAPURA telah memohon mendapatkan maklumat dari Malaysia menyusuli pelannya untuk membangunkan projek pemindahan kapal-ke-kapal (STS) di Selat Johor yang berhadapan dengan Tuas, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA), semalam.
"Pemerintah Singapura belum menerima sebarang komunikasi atau maklumat dari Malaysia berkaitan pembangunan hab pemindahan kapal-ke-kapal di Selat Johor oleh KA Petra Sdn Bhd dengan Hutchison Port Holdings Ltd," kata seorang jurucakap MFA bagi menjawab pertanyaan media.