Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, M'sia akur pentingnya kerjasama projek RTS: Iswaran

Jun 11, 2021 | 11:41 PM



MENTERI Pengangkutan, Encik S. Iswaran, dan rakan sejawatannya di Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, akur pada kepentingan bagi Singapura dan Malaysia meneruskan kerjasama dalam merealisasikan Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura.



Usaha ini, jelas Encik Iswaran, akan memperkukuh ketersambungan kedua-dua negara apabila perjalanan merentas sempadan disambung semula.



Menulis di Facebook mengenai panggilan video pengenalan yang dibuat kepada Dr Wee pada Jumaat (11 Jun), Encik Iswaran melahirkan rasa gembiranya dapat berbincang pelbagai isu kerjasama Malaysia dan Singapura.



"Kami mengalu-alukan langkah menyambung semula perjalanan merentas sempadan apabila keadaan Covid-19 di kedua-dua negara membenarkannya.



"Buat masa ini, kedua-dua pihak akan terus melabur bagi masa depan," jelasnya yang menggalas amanah baru ini bulan lalu menyusuli rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 23 April lalu.



Encik Iswaran menambah beliau dan Dr Wee juga bersetuju untuk terus bekerjasama rapat di platform antarabangsa seperti Pertubuhan Penerbangan Sivil Antarabangsa dan Pertubuhan Kelautan Antarabangsa, khususnya dalam isu transnasional seperti perubahan iklim dan pengangkutan mapan.



"Kami akan terus berhubung secara tetap dan bekerjasama rapat bagi manfaat bersama negara kami," tambah Encik Iswaran.



Beliau turut berkongsi pengalamannya sewaktu kecil mengembara ke Pulau Pinang bersama keluarganya di mana beliau akan berhenti di Ayer Hitam, kawasan jagaan Dr Wee.



"Dr Wee mengundang saya ke Ayer Hitam lagi dalam masa terdekat untuk minum kopi dan makan durian Musang King apabila keadaan Covid-19 lebih pulih. Saya mengalu-alukan undangannya!" kata Encik Iswaran.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >