Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura-M'sia anjak tarikh siap bina rel laju

May 05, 2015 | 04:41 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong berkata, tarikh selesainya projek pembinaan Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) terpaksa dilewatkan kerana tahun 2020 yang disasarkan pada awalnya "adalah tidak begitu realistik".


"Ia merupakan satu projek besar dan suatu yang mencabar untuk dilaksanakan, dengan banyaknya bahagian rumit yang perlu dibangunkan dengan betul...


"Jadual asal tidak begitu realistik. Kita perlu mengambil sedikit masa lagi untuk melakukannya dengan baik, tetapi membangunkannya tanpa menghadapi kelewatan," ujar Encik Lee.


Kedua-dua pemimpin, bercakap di penghujung sesi rahat mereka, mengesahkan sekali lagi iltizam kedua-dua negara dalam menjayakan projek ini, yang akan memendekkan masa perjalanan antara Singapura dan Kuala Lumpur kepada 90 minit sahaja.


Terminal untuk HSR di Singapura akan dibangunkan di Jurong East.


Mengumumkan hal ini tengah hari tadi, Encik Lee berkata, ia bersesuaian dengan perancangan republik ini untuk merubah kawasan itu menjadi kawasan pusat bandar kedua negara ini.


"Ia akan merubah wajah Jurong dan mewujudkan pelbagai peluang untuk orang ramai dan perniagaan," ujarnya dan menyifatkan penyediaan khidmat kereta api berkelajuan tinggi itu akan membawa perubahan kepada kedua-dua negara.


Namun, di sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 


Menurut Datuk Seri Najib, laluan rel itu "adalah projek terpenting" antara kedua-dua negara, yang meraikan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala tahun ini.


Beliau memaklumkan bahawa proses rekaan perkhidmatan rel itu dijangka mengambil masa setahun, proses tender mengambil tempoh setahun lagi, dan pembinaannya pula memakan masa lima tahun.


Satu tarikh baru berhubung penyelesaian pembinaan HSR akan diumumkan hujung tahun ini, selepas perjanjian rasmi antara kedua-dua negara siap sepenuhnya, kata kedua-dua pemimpin itu.


Menurut mereka lagi, perjanjian telah pun dicapai berhubung beberapa perkara tentang perkhidmatan itu, seperti kekerapan tempoh bagi tujuan operasi, penempatan lokasi, Kastam, Imigresen dan Kuarantin bersama, dan depo dan prasarana kemudahan bagi perkhidmatan rel yang akan ditempatkan di Malaysia.


Menurut Encik Lee, banyak keputusan belum lagi diputuskan, seperti "dari mana sumber kewangan akan didapatkan, bagaimana ekuiti akan dibahagikan antara kedua-dua pihak, dan isu penstrukturan seperti, adakah Singapura membina bahagiannya dan Malaysia membina bahagian mereka dan kita bertemu di tengah-tengah?"


Bagaimanapun, Encik Lee menekankan bahawa kedua-dua pemerintah yakin bahawa projek ini akan diselesaikan menurut masa yang dirancangkan.


Mengulas lanjut tentang mengapa Jurong East menjadi pilihan berbanding dua kawasan lain; pusat bandar atau Tuas, Encik Lee berkata, kepadatan pusat bandar akan membuatkan kerja-kerja pembinaan menjadi sukar, manakala terlalu sedikit perniagaan berada di Tuas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >