Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VTL SG-MALAYSIA

S'pura-M'sia optimis VTL, RTS tingkat hubungan kerjasama

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



PERJANJIAN Pemberi Geran bagi projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura sudah pun dicapai antara kededua negara tersebut, menurut Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan semalam.



Ia menetapkan tanggungjawab kededua pihak - Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura dan Kementerian Pengangkutan Malaysia - dalam melaksanakan tugas yang dipersetujui sebelum ini.



Persetujuan tersebut menyusuli Persetujuan Konsesi yang dimeterai Julai tahun lalu apabila penerusan projek tersebut disahkan.



Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, menyambut langkah tersebut dalam satu majlis yang diadakan semalam bersama Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong.



"Malaysia merupakan jiran terdekat Singapura, dan kita berkongsi hubungan jangka panjang yang baik dari segi ekonomi dan juga antara warga. Kemajuan dalam projek RTS serta perjalanan udara dan darat antara kededua negara yang dapat diteruskan kini penting dalam mengukuhkan lagi hubungan dan memastikan ekonomi kembali pulih," katanya.



Laluan RTS pertama kali diumumkan pada 2010, dan pada awalnya dijadualkan siap di akhir 2021.



Bagaimanapun ia ditangguh pada 2020 atas permintaan Malaysia untuk menyemak semula sebelum menyambung semula secara rasmi pada Julai tahun lalu.



Apabila siap kelak, RTS Link yang merupakan laluan sejauh empat kilometer, akan menghubungkan penumpang antara stesen Woodlands North di Singapura dan stesen Bukit Chagar di Johor Bahru. Projek tersebut kini dijangka siap pada 2026.



Menyentuh projek bersama kededua negara itu, Dr Wee berkata:



"Kementerian Pengangkutan akan terus bekerjasama dengan pihak di Singapura untuk meneruskan momentum dan memperbaiki rangkaian pengangkutan dan kerjasama antara kededua negara."



Di bawah persetujuan terkini, kastam, imigresen dan kemudahan kuarantin akan ditempatkan bersama agar penumpang hanya perlu melalukan imigresen sekali sahaja, apabila mereka berangkat atau bertolak.



Masa perjalanan di antara kededua stesen itu dijangka mengambil masa lima minit. Laluan RTS boleh membawa sehingga 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap hala.



Ia dijangka meredakan kesesakan di Koswe dan menjadikan sempadan Singapura-Malaysia lebih mudah diakses, menurut kededua negara. Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah memberi kontrak sivil Laluan RTS yang pertama - bernilai $932.8 juta - pada November tahun lalu kepada syarikat Penta-Ocean Construction untuk membina Stesen Woodlands North, terowong serta bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >