Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, M'sia pantau pilihan pengangkutan VTL, teroka tambah khidmat bas: Iswaran

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Malaysia akan terus memantau dan menyemak pilihan pengangkutan di bawah Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) darat dan mungkin menambah jumlah pengendali khidmat bas bagi VTL darat, kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.



Memberikan respons bertulis kepada pertanyaan Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang) di Parlimen semalam, Encik Iswaran berkata khidmat VTL Darat itu telah membantu warga dan juga pekerja di kededua negara bertemu keluarga mereka sambil menepati langkah keselamatan sedia ada.



Encik Wee telah mengemukakan soalan sama ada jumlah pengendali bas boleh ditambah untuk menyokong inisiatif VTL itu antara Singapura dan Malaysia.



"VTL Darat telah membantu ramai warga dan pekerja di sini dan di seberang tambak untuk bertemu keluarga, sementara mempertimbangkan situasi kesihatan awam di kededua negara."



Beliau menambah: "Singapura dan Malaysia akan terus memantau keadaan dan menyemak pilihan pengangkutan di bawah VTL Darat, termasuk menambah jumlah pengendali bas untuk mengendalikan khidmat bas VTL Darat."



Inisiatif tersebut telah dilancarkan pada 29 November tahun lalu.



Singapura telah memilih syarikat Transtar Travel Pte Ltd (Transtar) untuk mengendalikan khidmat tersebut sementara pihak Malaysia memilih Handal Indah Sdn Bhd (yang juga dikenali sebagai Causeway Link).



Menurut Encik Iswaran, Transtar wajar dipilih dalam memulakan penguatkuasaan khidmat bas VTL itu kerana ia mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam mengendalikan khidmat bas rentas sempadan antara kededua negara itu.



"Ia juga mempunyai sistem dalam talian yang tersedia bagi membantu pelanggan membeli tiket bas, kemudahan operasi di Terminal Bas Larkin Sentral dan jumlah bas yang dapat memenuhi keperluan operasi bagi VTL Darat," katanya.



Sementara itu, kesemua 6,480 tiket yang dijual pengendali bas Causeway Link bagi khidmat VTL darat bagi enam hari pertama Februari, habis dijual dalam tempoh beberapa jam semalam sedang ramai yang ingin merentas sempadan bagi sambutan Tahun Baru Cina.



Tiket yang dijual Transtar Travel yang dibuka penjualannya minggu lalu, turut habis dijual.



Semua penjualan tiket bas dan penerbangan dari Malaysia ke Singapura di bawah VTL telah digantung dari 23 Disember 2021 hingga 20 Januari 2022 berikutan keputusan Singapura membekukan perjalanan rentas sempadan berikutan peningkatan jumlah kes import Covid-19.



Bagaimanapun, semua pengunjung yang sudah memegang tiket penerbangan atau bas untuk VTL dan memenuhi keperluan VTL boleh meneruskan perjalanan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >