Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, M’sia sahkan hubungan mesra dua hala

Sep 06, 2022 | 09:58 PM



TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, telah mengadakan perbincangan rasmi bersama Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah, di Istana Negara pada Selasa (6 Sep).


Satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura menyatakan sewaktu pertemuan tersebut, Encik Wong telah mengesahkan semula hubungan dua hala yang mesra, berpanjangan dan berpelbagai antara Singapura dengan Malaysia yang dibina atas perkongsian sejarah yang unik serta jalinan utuh masyarakatnya.


Encik Wong, jelas PMO, berkata Singapura mengalu-alukan kedatangan Sultan Abdullah bagi lawatan rasminya ke Singapura bulan ini.


Dalam satu kenyataan berasingan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata pertemuan Sultan Abdullah dengan Encik Wong, yang kini dalam rangka lawatan kerja empat hari ke Malaysia, berlangsung selama 30 minit bermula 12 tengah hari Selasa.


Katanya lagi: “Seri Paduka (Sultan Abdullah) menzahirkan pandangan sebagai negara berjiran yang mempunyai hubungan sejarah dan rakyat dengan rakyat yang mendalam, Malaysia dan Singapura perlu terus bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang dan peringkat, lebih-lebih lagi dalam fasa pemulihan pasca-Covid-19.”

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >