Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura mula langkah lebih ketat

Apr 07, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA memulakan langkah jarak selamat lebih ketat mulai hari ini (7 April) dengan kebanyakan tempat kerja dan pusat tumpuan umum ditutup dengan warga dinasihatkan agar duduk di rumah selama sebulan demi mengekang wabak Covid-19.



Namun, perkhidmatan penting seperti pasar raya, pasar basah, pengangkutan awam dan poliklinik merupakan antara khidmat yang kekal dibuka selama negara mempertingkat langkah tersebut.



Ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, bertujuan menjadi 'pemutus litar' bagi mengurangkan risiko penularan besar Covid-19.



Encik Lee dalam posnya di Facebook semalam menggesa rakyat agar mematuhi dengan ketat langkah tersebut.



Menurutnya, orang ramai perlu serius untuk kekal di dalam rumah, dan tidak keluar melainkan jika perlu.



Di bawah langkah baru itu, sekolah dan prasekolah juga akan ditutup esok, dengan pelajar mengalihkan pembelajaran sepenuhnya dari rumah.



Perkhidmatan yang tidak penting seperti tempat tarikan, gim dan studio kesihatan diarah tutup.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >