Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura mungkin ada sembilan hotel baru jelang dua tahun akan datang

Dec 19, 2022 | 02:33 PM



PENGUNJUNG ke Orchard Road pasti akan perasan hotel-hotel baru yang dibuka tahun ini di kawasan beli-belah yang popular itu.



Hilton Singapore yang terletak di 581 Orchard Road kini menjadi voco Orchard Singapore, jenama baru di bawah IHG Hotels & Resorts, manakala Mandarin Orchard Singapore di 333 tang dibuka semula awal tahun ini, dikenali sebagai Hilton Singapore Orchard.



Accor’s Pullman Singapore Orchard dibuka pada 1 Disember lalu di tapak bekas Grand Park Orchard di 270 Orchard Road, manakala Vibe Hotel Singapore Orchard, jenama Australia yang dikendalikan syarikat pengurusan hospitaliti tempatan Far East Hospitality, dilancarkan pada 3 November lalu.



Ia menduduki tempat lama Tapak Hotel Elizabeth di Mount Elizabeth, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Sekitar sembilan lagi jenama hotel baru akan dibuka di sini dalam tempoh dua tahun akan datang, menurut laporan tersebut



Antaranya termasuk The Singapore Edition, Artyzen Singapore dan The Standard, Singapore, yang akan dilancarkan buat pertama kali di sini, kata firma penyelidikan hotel STR.



Pemilik hotel bergegas untuk memenuhi permintaan masa kini memandangkan pelancong dan pengunjung korporat kembali ke Singapura selepas dua tahun sekatan pandemik menjejas perniagaan.



Lembaga Pelancongan Singapura (STB) Selasa lalu menyatakan bahawa jumlah pelancong masuk ke negara ini meningkat daripada sekitar 57,000 orang pada Januari kepada lebih 816,000 pada November.



Data Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa tetamu kini sanggup membayar purata $280 untuk satu malam di hotel, berbanding kira-kira $220 pada 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >