S'pura mungkin hadapi jerebu beberapa minggu hingga bulan mendatang
SINGAPURA mungkin mengalami keadaan berjerebu dalam masa beberapa minggu atau bulan mendatang kerana keadaan cuaca yang lebih kering.
Ia dijangka lebih lama dari dua minggu pertama bulan ini yang sebelum ini diramalkan kelmarin.
Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) menyatakan keadaan cuaca lebih kering dari biasa di sini dan rantau ini, termasuk Sumatera dan Kalimantan, untuk beberapa minggu mendatang.
Sejak beberapa hari lalu, kebakaran hutan dan belukar sedang berlaku di Riau dan Jambi di Sumatera dan selatan Kalimantan.
Keadaan itu boleh menyebabkan jerebu di Singapura dan kawasan berdekatan, kata MSS. MSS akan terus meneliti keadaan cuaca dan jerebu dan memberikan maklumat yang terkini jika perlu. Enam wilayah di Sumatera dan Kalimantan sudah diisytiharkan sebagai keadaan darurat.