Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura mungkin masuki Fasa 3 jelang akhir 2020; himpunan luar rumah mungkin dibenarkan hingga 8 orang

Oct 20, 2020 | 08:25 PM



SINGAPURA mungkin memasuki Fasa Ketiga pembukaan semula menjelang hujung tahun ini, seandainya kes masyarakat kekal rendah sedang negara ini mempertingkat proses ujian dan jejak kontak.



Demikian jelas Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian bagi menangani penularan Covid-19 dalam sidang akhbar yang dikendalikan dalam talian Zoom pada Selasa (20 Oktober).



Fasa Ketiga itu antara lain membolehkan bilangan individu yang menghadiri perhimpunan di luar rumah ditambah dari lima kepada lapan orang.



Lapan pengunjung juga dibenarkan berkunjung ke rumah lain, membolehkan keluarga lebih besar berhimpun.



Sebagai tambahan, had hadirin di tempat seperti muzium, tempat ibadah dan majlis kahwin mungkin ditambah dengan zon berganda seramai 50 orang dibenarkan.



Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian ini menambah untuk memasuki Fasa Ketiga, Singapura perlu mempertingkat proses berjaga-jaga dan memenuhi beberapa kondisi utama.



Pertama, warga Singapura masih perlu bersandar pada langkah pengurusan selamat termasuk perhimpunan kumpulan kecil, jarak selamat dan mengamalkan tanggungjawab sosial.



Ujian juga akan dikendalikan pada skala besar bagi membolehkan lebih banyak kegiatan disambung semula.



Sebagai permulaan, satu skim perintis akan memastikan orang ramai menjalani ujian Covid-19 sebelum mereka dibenarkan menghadiri acara luar.



Ujian pantas dengan kadar ketepatan lebih rendah akan juga digunakan bagi acara.



Ini bermaksud langkah pengurusan keselamatan masih lagi diperlukan seandainya ada kelak yang secara tersilap dikesan positif Covid-19.



Program perintis ini akan diperhalusi dan diperluas jika terbukti berjaya.



Akhir sekali, lebih banyak lokasi memerlukan orang ramai untuk mengesahkan kehadiran mereka di sesuatu lokasi dengan menggunakan kaedah SafeEntry melalui penggunaan aplikasi TraceTogether atau token.



Ini adalah bagi memperkukuh urusan jejak kontak Singapura.



Kesemua langkah ini akan dilaksanakan secara beransur-ansur, bergantung pada situasi di dalam negara dan juga di peringkat global, jelas Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak itu di sidang tersebut.



Bagaimanapun,  bar, pusat karaoke dan kelab malam kemungkinan kekal ditutup pada permulaan Fasa Ketiga.



Kementerian Kesihatan (MOH), dalam satu kenyataan berasingan, berkata Fasa Ketiga bukan bererti kembalinya Singapura pada keadaan prakoronavirus.



"Ia akan memerlukan cara baru unuk bekerja dan menjalani kehidupan hingga dunia dapat mengawal ketat virus tersebut," kata kenyataan tersebut.



Menurutnya, warga Singapura juga harus bersiap sedia untuk kekal dalam Fasa Ketiga bagi jangka waktu yang lama, kemungkinan lebih setahun lamanya.



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >