Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Setempat0

S'pura nafi lewatkan projek rel dengan Johor

Mar 01, 2015 | 05:39 PM

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) telah menolak dakwaan laporan berita Malaysia bahawa Singapura telah melewatkan projek Sistem Transit Laju (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dengan Woodlands.

"Pandangan bahawa Singapura telah melewatkan projek laluan RTS itu tidak benar.

"Singapura telah memberitahu Malaysia pada Jun 2011 bahawa terminal RTS di Singapura terletak di Woodlands North dekat Politeknik Republic.

"Namun, sehingga kini Singapura belum menerima sebarang pengesahan rasmi tentang lokasi terminal RTS Malaysia di Johor Bahru.

"Hanya selepas pengesahan tentang lokasi terminal itu barulah kededua negara boleh terus menentukan garisan laluan antara Johor Bahru dengan Singapura," kata seorang jurucakap MOT hari ini.

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map