Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura negara sekular dan tidak sebelahkan mana-mana agama: Dr Faishal

Mar 27, 2021 | 05:28 PM



SEBAGAI sebuah negara sekular, Singapura tidak menyebelahi mana-mana agama dan semua orang bertanggungjawab memastikan negara ini bersikap terbuka dan selamat buat semua.


Demikian dinyatakan Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dalam satu kiriman Facebook selepas kunjungannya ke Madrasah Alsagoff Al-Arabiah pada Sabtu (27 Mac).


Beliau telah ke sana bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan pakar pengganasan dan zamil pelawat di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Dr Noor Huda Ismail.


Di madrasah di Jalan Sultan itu, beliau telah menyertai sesi dialog dengan pelajar untuk berbincang tentang mengukuhkan daya tahan sosial Singapura dan menentang radikal dalam talian. 


“Mereka berkongsi dengan saya pentingnya melindungi keharmonian kaum dan agama Singapura. 


“Saya amat gembira pelajar dan tenaga pengajar faham bahawa sebagai sebuah negara sekular, Singapura tidak memihak kepada mana-mana agama, dan adalah tanggungjawab semua orang untuk mengekalkan negara ini sebagai ruang yang selamat dan bersikap terbuka untuk semua,” katanya.


Dr Faishal juga berkata madrasah itu adalah sebuah institusi yang memandang ke hadapan dan telah diiktiraf sebagai Sekolah Cemerlang Apple sejak 2019.


“Pengetua berkongsi dengan saya bahawa sedang kurikulum sekolah menekankan pendidikan agama, ia juga menitikberatkan pentingnya mengikuti perkembangan teknologi,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >