SEMENTARA Singapura dan Norway memiliki hubungan dagangan yang kukuh, kededua negara boleh melakukan lebih banyak usaha kerjasama menerusi Asean.
Berucap semasa sidang perniagaan Norway-Asia yang ketujuh di Fullerton Hotel semalam, Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pembangunan Negara), Dr Koh Poh Koon, berkata Asean menjadi pasaran yang semakin penting dalam ekonomi global.