Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN PERDANA MENTERI NEW ZEALAND, CIK JACINDA ARDERN, KE SINGAPURA

S'pura, NZ kutuk Russia ceroboh Ukraine kerana sokong kuat aturan antarabangsa

PM Lee, PM Ardern tegaskan konflik mesti dihurai melalui dialog, bukan ugutan atau paksaan
Apr 20, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan New Zealand penyokong kuat undang-undang antarabangsa dan prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), justeru dua negara ini mengutuk secara keras pencerobohan Russia ke atas Ukraine, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, pula berkata konflik Ukraine mesti diselesaikan melalui dialog dan bukan ugutan atau paksaan.



Mereka berkata demikian pada satu sidang media bersama di Istana semalam, selepas mengadakan satu pertemuan.



Pada sidang akhbar itu, Encik Lee berkata dalam pertemuan tersebut, mereka membincangkan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa.



"Kami berdua adalah penyokong kuat undang-undang antarabangsa dan prinsip yang termaktub dalam Piagam PBB.



"Dan itulah sebabnya kedua-dua Singapura dan New Zealand telah mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan Russia ke atas Ukraine,"ujar Encik Lee.



Cik Ardern berkata agak jelas bahawa dunia sedang berubah dan peristiwa seperti krisis di Ukraine memberi tekanan besar terhadap peraturan berdasarkan undang-undang antarabangsa.



New Zealand, katanya, sentiasa menjadi menyokong kedaulatan undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.



"Konflik Ukraine mesti diselesaikan melalui dialog dan bukannya ugutan atau paksaan.



"Oleh itu, kami berharap untuk terus bekerjasama dengan negara berfikiran serupa, seperti Singapura, untuk menyokong penyelesaian konflik tersebut melalui cara aman, termasuk konflik dan isu lain yang berlaku di Myanmar dan juga rantau kami," kata Cik Ardern.



Dalam satu kenyataan bersama dua perdana menteri itu yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam, mereka mengulangi tuntutan supaya Russia berundur segera dari Ukraine.



"Mereka bersetuju tindakan Russia adalah pelanggaran terang-terangan ke atas prinsip asas undang-undang antarabangsa dan menimbulkan risiko ketidakstabilan sejagat jangka panjang, dan menyeru semua pihak supaya melindungi orang awam dan menghormati hak asasi manusia.



"Mereka juga menyeru semua pihak supaya memudahkan bantuan kemanusiaan tanpa halangan kepada mereka yang memerlukan di Ukraine," ujar kenyataan itu.



Selain itu, dua pemimpin itu mengongsi kebimbangan mengenai keadaan di Myanmar selepas rampasan kuasa tentera pada 2021.



Dalam kenyataan bersama itu, dua perdana menteri itu bersetuju bahawa Konsensus Lima Perkara mengenai Myanmar yang dipersetujui semasa mesyuarat pemimpin Asean pada 24 April 2021 harus dilaksana sepenuhnya secepat mungkin dan mengulangi gesaan agar keganasan ditamatkan.



Mereka turut menyeru diadakan dialog inklusif antara semua pihak di Myanmar, dan bagi pembebasan semua tahanan politik, termasuk Kaunselor Negara, Cik Aung San Suu Kyi, Presiden Win Myint, dan tahanan asing lain, dan bagi tentera Myanmar mengelakkan tindakan yang bertentangan dengan perdamaian nasional di Myanmar.



Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital (Depa), Encik Lee berkata sejak dua negara itu dan Chile melancarkan kerjasama itu pada 2021, beberapa negara telah melahirkan hasrat menyertai perjanjian itu.



Ini termasuk China dan Korea Selatan. Ditanya tentang isu China, Encik Lee berkata mereka ada berbincang mengenai China dan Russia.



"Kami sentiasa memantau situasi di Ukraine, dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada hubungan China-Russia dan justeru, hubungan China-Amerika Syarikat.



"(Negara) kami berdua mempunyai kepentingan berkaitan hubungan China-Amerika yang stabil dan tidak dirumitkan lagi oleh kekurangan kepercayaan pada kedua-dua belah pihak, dengan kami berharap kebijaksanaan akan mengatasi segalanya, dengan Ukraine tidak akan membuat perkara menjadi lebih rumit," ujar Encik Lee.




"Kami berdua adalah penyokong kuat undang-undang antarabangsa dan prinsip yang termaktub dalam Piagam PBB. Dan itulah sebabnya kedua-dua Singapura dan New Zealand telah mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan Russia ke atas Ukraine."
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



"Konflik Ukraine mesti diselesaikan melalui dialog dan bukannya ugutan atau paksaan. Oleh itu, kami berharap untuk terus bekerjasama dengan negara berfikiran serupa, seperti Singapura, untuk menyokong penyelesaian konflik tersebut melalui cara aman, termasuk konflik dan isu lain yang berlaku di Myanmar dan juga rantau kami."
- Perdana Menteri Cik Jacinda Ardern.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >