Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura optimistik VTL darat SG-M'sia boleh dibuka akhir Nov

Ini bolehkan mereka yang terpisah untuk bersatu semula
Nov 21, 2021 | 05:30 AM



SEMPADAN darat Singapura-Malaysia mungkin akan dibuka menjelang akhir bulan ini untuk membolehkan mereka yang terpisah daripada orang tersayang akibat pandemik Covid-19 untuk bersatu semula, umum Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian Covid-19 semalam.



Kedua-dua negara kini berada di tahap perbincangan untuk membuka Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) bagi pengunjung yang sudah divaksinasi, dengan memberi keutamaan kepada keluarga yang sudah lama terpisah sejak permulaan Covid-19.



"Kami sedang bekerjasama dengan teliti bersama pelbagai agensi lain dan saya optimistik kita akan dapat membuka laluan bagi orang yang sudah divaksinasi ini bagi (sempadan) darat sekitar akhir bulan ini," kata pengerusi bersama Pasukan Bertindak, Encik Gan Kim Yong.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media berkenaan pembukaan sempadan darat antara Singapura dengan Johor yang dijangka dibuka semula pada 29 November ini.



Menteri Besar Johor Encik Hasni Mohammad sebelum ini berkata VTL darat melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua akan dibuka serentak dengan VTL melibatkan laluan udara antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Nov ini.



Pada 8 Nov lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya, Encik Lee Hsien Loong dalam kenyataan bersama mengumumkan individu yang sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 boleh berulang-alik antara Malaysia dan Singapura menerusi perjalanan udara tanpa perlu menjalani kuarantin bermula 29 Nov ini.



Dalam sidang akhbar semalam, Encik Gan tidak memberi pengesahan terhadap tarikh pembukaan itu tetapi berkata perinciannya akan diumumkan sekitar minggu depan agar warga Singapura mempunyai masa membuat persiapan yang diperlukan.



Ia dijangka akan bermula dengan bilangan pengunjung yang terhad setiap hari dengan kuota yang ditetapkan, katanya.



"Ada yang bekerja di sini, mahu kembali untuk bersama dengan keluarga mereka.



"Ada warga Singapura yang bekerja di Malaysia mahu kembali ke Singapura untuk bertemu dengan keluarga mereka," katanya.



"Justeru, saya rasa bagi fasa pertama VTL darat ini dijangka akan memberi tumpuan kepada golongan kumpulan yang mempunyai keperluan mahu bersatu dengan keluarga mereka dan kemudian barulah kita akan memikirkan bagaimana untuk meluaskannya kepada lebih ramai orang."



Beliau menambah tidak mungkin VTL akan kembali kepada cara perjalanan sebelum berlakunya pandemik di mana ribuan orang menyeberangi sempadan darat setiap hari.



Berikutan langkah sekatan bagi mencegah Covid-19 dilaksanakan kededua negara awal tahun lalu, dua pusat pemeriksaan darat antara Singapura dan Malaysia menjadi sunyi luar biasa, apabila pergerakan lebih 400,000 pengembara harian merentasi Tambak Woodlands dan Linkedua di Tuas tersekat.



"Saya rasa penting untuk kita memastikan kita dapat melakukan demikian dengan cara yang selamat menerusi sesi ujian dan sebagainya agar VTL darat ini akan membolehkan warga daripada kedua-dua negara berkunjung dengan selamat," tambah Encik Gan



Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung pula berkata buat masa ini kadar jangkitan secara purata selama tujuh hari di Singapura ialah kurang daripada 40 bagi setiap 100,000 penduduk manakala bagi Johor pula kadarnya ialah sekitar 13 hingga 14 bagi setiap 100,000 penduduk.



Lebih daripada 100,000 rakyat Malaysia terkandas di Singapura sejak sempadan ditutup dan berharap untuk bersatu dengan keluarga mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >