Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura perketat sempadan dengan India, larang kedatangan, transit pemegang pas jangka panjang, pengunjung jangka pendek

Apr 22, 2021 | 08:33 PM



KESEMUA pemegang pas jangka panjang dan jangka pendek yang mengembara ke India dalam tempoh 14 hari lalu tidak dibenarkan masuk atau membuat persinggahan transit di Singapura dalam usaha negara ini mempertingkat langkah berjaga-jaga menentang Covid-19.



Langkah ini berkuat kuasa mulai 11.59 malam pada Jumaat (23 April) dan turut melibatkan mereka yang sudah menerima kebenaran awal memasuki Singapura, kata Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong pada Khamis (22 April).



Sebagai tambahan, orang ramai yang mengunjungi India baru-baru ini dan belum menamatkan tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari menjelang 11.59 malam Khamis perlu menamatkan tambahan tujuh hari SHN di kemudahan khusus dan bukannya tempat kediaman mereka sendiri.



Kumpulan ini perlu menjalani ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) bagi virus tersebut apabila mereka tiba pada hari ke-14 SHN dan sebelum tamatnya SHN.



Menjelaskan mengapa Singapura telah memperketat langkah sempadan, Encik Wong, dalam sidang media, berkata situasi di India meruncing sejak awal minggu ini.



Beliau menambah tempoh SHN bukanlah jaminan keadaan akan selamat 100 peratus kerana sebarang jangkitan yang dibawa pendatang baru dalam kalangan pekerja India di sini mungkin akan memperkenal strain baru ke dalam dormitori lantas membentuk kelompok baru.



India melaporkan 314,835 kes jangkitan Covid-19 baru pada Khamis, peningkatan terbesar dunia bagi jumlah kes harian. Negara itu melaporkan 16 juta kes dan 184,657 kematian sejauh ini.



Varian "mutan seganda" juga baru muncul di India dan dirasakan menjadi pencetus gelombang kedua Covid-19 di negara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >