S'pura perkukuh kerjasama dengan Korea Selatan, UK dalam tempoh pandemik, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

S'pura perkukuh kerjasama dengan Korea Selatan, UK dalam tempoh pandemik

Jun 24, 2021 | 07:56 PM

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah bertemu dengan Menteri Ehwal Luar Korea Selatan Chung Eui-yong dan Setiausaha Ehwal Luar United Kingdom (UK) Dominic Raab pada Khamis (24 Jun).

Kedua-dua Encik Chung dan dan Encik Raab berada di Singapura bagi lawatan kerja.

Menulis di Facebook pada Khamis,  Encik Lee berkata:

“Tahun lalu, Covid-19 telah membuat kita semua terkurung. Sedang dunia menyesuaikan diri dan membangunkan pertahanan, kami sedang mendekati dan berhubung kembali dengan sahabat dan rakan-rakan di luar negara.”

Encik Lee berkata Singapura dan Korea Selatan menikmati hubungan yang baik, dan beliau telah berbincang dengan Encik Chung tentang cara memperkukuh kerjasama semasa pandemik ini.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Beliau turut mengalu-alukan minat Korea Selatan untuk melakukan lebih banyak usaha bersama Asean.

Encik Lee juga berkata UK adalah antara rakan rapat Singapura dan kedua-dua negara itu mempunyai hubungan mendalam dan lama.

UK dan Singapura mempunyai kepentingan bersama dalam menegakkan perdagangan bebas, kerjasama berbilang hala, dan perintah antarabangasa berdasarkan peraturan.

Kedua-dua negara itu juga sedang memperluas kerjasama, termasuk dalam bidang ekonomi digital dan perubahan iklim, kata Encik Lee. 

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map