Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura perlu kembangkan budaya tanggungjawab kolektif: Sun Xueling

Nov 17, 2022 | 05:30 AM



SATU penyebab yang tidak diingini daripada meritokrasi di Singapura adalah mereka yang telah berjaya dalam sistem itu mungkin berasa mereka berhak menerima sesuatu, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



Golongan ini mungkin percaya bahawa kejayaan mereka diperolehi atas keupayaan dan usaha mereka, dan sesiapa yang tidak berjaya tidak layak dibantu kerana mereka tidak berusaha secukupnya untuk diri mereka.



Bercakap kepada 90 pelajar dari institut pengajian tinggi dalam satu sesi dialog di Politeknik Singapura di Dover kelmarin, Cik Sun berkata ini adalah salah tanggapan kerana terdapat banyak faktor di sebalik kejayaan atau kegagalan seseorang.



Beliau menambah: "Kita mesti berhati-hati terhadap mewujudkan rasa hak ini, dan sebaliknya mengembangkan budaya tanggungjawab kolektif."



Sesi dialog itu, yang memberi tumpuan kepada menyegarkan meritokrasi dan mengukuhkan mobiliti sosial, adalah sebahagian daripada gerakan 'Melakar Hala Tuju Singapura', atau 'Forward Singapore', satu inisiatif oleh kepimpinan pemimpin 4G Singapura untuk menyegarkan lagi kompak sosial Singapura.



Para pelajar itu, yang berusia antara 19 dengan 26 tahun, dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil untuk berkongsi renungan dan idea mereka mengenai topik sebelum membentangkannya kepada peserta lain.



Bercakap kepada The Straits Times, pelajar tahun dua Politeknik Ngee Ann, Cik Claudia Selvakumar, 20 tahun, berkata kumpulannya membincangkan mobiliti sosial dan bagaimana orang yang tidak berjaya sejak awal mungkin mempunyai kepercayaan bahawa mereka tidak mampu menyumbang kepada masyarakat.



Kumpulannya juga berbincang bagaimana orang seperti itu mungkin menghadapi stigma dan diskriminasi, dan mungkin akhirnya hidup dalam gelembung sosial dan tidak dapat membayangkan cara hidup lain, katanya.



Cik Selvakumar, yang sedang menjalani kursus pembangunan komuniti, berkata:



"Kita harus menyokong dan memberitahu mereka bahawa latar belakang tidak seharusnya menjadi faktor yang mengehadkan mereka."



Beliau berkata beliau juga berasa demikian selepas menyambung pengajiannya ke Institut Pendidikan Teknikal selepas menduduki Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Peringkat 'N'.



Tambahnya, beliau sering membandingkan dirinya dengan kakaknya, yang cemerlang dalam akademik dan mendapat biasiswa pemerintah untuk belajar di universiti.



Encik Torance Tan, 18 tahun, yang telah menamatkan pendidikannya di Institusi St Joseph, berkata Singapura bertuah kerana telah bermula dengan asas saling hormat-menghormati dalam kalangan kumpulan etniknya dan di kalangan rakyat yang berbeza status sosioekonomi, tetapi banyak lagi yang boleh dilakukan.



Encik Tan, yang telah memohon untuk menjalani kursus undang-undang di universiti, berkata masih terdapat sebahagian orang yang mendiskriminasikan orang lain atas pelbagai sebab, termasuk kaum, agama dan kelas sosial.



Menutup sesi itu, Cik Sun berkata kita mesti mengiktiraf bahawa trauma awal atau pengalaman buruk seperti keganasan rumah tangga boleh memberi kesan berpanjangan dan boleh menjejas tingkah laku orang di dalam persekitaran seperti di sekolah.



Merumuskan interaksinya dengan peserta semasa perbincangan kumpulan mereka, Cik Sun berkata para pelajar ingin meluaskan definisi kejayaan Singapura, dan beliau berbesar hati mereka mengambil bahagian secara aktif atau memikirkan penyelesaian kepada masalah yang telah mereka kenal pasti dalam sesi itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >