Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura perlu perbaharui usaha kekal keharmonian kaum

Aug 09, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA perlu memperbaharui dan memperkukuh usaha mengekalkan keharmonian sosial dalam masyarakat berbilang kaum dengan setiap generasi baru, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Meskipun penting untuk mengetengahkan isu-isu sensitif ini, ia perlu dilakukan melalui perbincangan secara terbuka, jujur dan penuh hormat.



Menekankan demikian dalam Amanat Hari Kebangsaan yang disampaikannya semalam, PM Lee berkata keharmonian merupakan hasil persefahaman dan tolak ansur semua pihak.



"Keharmonian ini tidak terhasil dengan setiap pihak menekankan identiti atau menuntut hak mereka dengan lantang.



"Sebaliknya, ia terbit daripada persefahaman dan tolak ansur semua pihak, baik kaum majoriti mahupun minoriti," ujarnya.



Tambahnya, keseimbangan yang mewujudkan keharmonian kaum tidak seharusnya diremehkan kerana ia sukar dicapai dan amat rapuh.



Justeru, kita harus sentiasa membuat penyesuaian demi mengukuhkan keharmonian ini, ujar Encik Lee.



Menyentuh tentang insiden perkauman yang berlaku kebelakangan ini, Encik Lee berkata ia tidak bermaksud pendekatan Singapura dalam membentuk masyarakat harmoni gagal.



Sebaliknya ia menunjukkan bagaimana isu-isu tersebut pasti menyentuh perasaan mana-mana kaum dan boleh memecahbelahkan masyarakat, lantas perlu ditangani dengan berhati-hati.



Meskipun insiden-insiden tersebut membimbangkan, Encik Lee berkata ia bukan sesuatu yang biasa berlaku, dan banyak lagi interaksi yang baik antara kaum berlaku setiap hari walaupun jarang tular di media sosial.



Encik Lee akur akan tanggungjawab pemerintah untuk menangani isu-isu tersebut, namun untuk melaksanakannya memerlukan kerjasama, sokongan dan kepercayaan warga Singapura.



Beliau menekankan: "Mengekalkan keharmonian sosial memerlukan usaha yang berterusan. Norma-norma sosial kita dibentuk oleh pengalaman dan aspirasi kehidupan setiap generasi yang berbeza... Oleh itu, dengan setiap generasi baru, keharmonian kaum kita harus diperbaharui, ditekankan semula dan diperkukuh."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >