S'pura perlu perkukuh langkah keselamatan di sempadan
Shanmugam: Pengganas boleh serang guna senjata seperti bahan kimia dan nuklear
Jul 16, 2016 | 05:30 AM
SINGAPURA perlu memperkukuh langkah keselamatan di sempadan negara kerana pengganas boleh menyerang negara ini dengan menggunakan senjata bukan konvensional seperti bahan kimia dan nuklear.
Demikian dijelaskan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, pada acara perasmian Kemudahan Perlindungan Analitik dan Analisis (PAAF), semalam.