S'pura perlu terbuka, jalin hubungan ekon dengan negara lain: DPM Heng
Beliau berkata rakyat harus kekal bersatu, pemerintah perlu perbaharui perjanjian sosial dengan rakyat
Nov 23, 2019 | 05:30 AM
SINGAPURA perlu melawan arus dan menentang trend negara yang kian bersikap menyendiri di dunia dengan terus memupuk hubungan dengan negara lain.
Justeru, rakyatnya harus kekal bersatu dan pemerintah pula perlu perbaharui perjanjian sosial dengan rakyat, selain bekerjasama dengan negara lain yang sehaluan, untuk memastikan dunia kita kekal terbuka, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.