Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura perlu terus tabah, yakin ekon boleh bangkit lebih kukuh: DPM Heng

Nov 13, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI sebuah ekonomi yang kecil dan terbuka, Singapura sedar negara ini akan terjejas oleh kuasa struktur yang melanda ekonomi sejagat dan sedang berusaha menyusun semula ekonominya serta memacu transformasi dalam semua sektor, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Namun, ini memerlukan komitmen dan kesabaran, ujarnya.



"Jika kita boleh terus tabah, saya yakin ekonomi kita boleh bangkit lebih kukuh... pekerja kita akan meraih manfaatnya dan kita boleh menyumbang kepada usaha menyuntik nafas baru kepada globalisasi," katanya semasa berucap di sidang puncak Caixin di Marina Bay Sands, yang dihadiri sekitar 50 orang, semalam.



Acara dua hari itu, yang dianjurkan oleh kumpulan media China itu, berlangsung di Singapura dan Beijing. Ia turut disiarkan di dalam talian.



Meskipun globalisasi telah membawa banyak manfaat kepada dunia, Encik Heng berkata sokongan bagi globalisasi telah berkurangan kebelakangan ini.



"Kuasa gangguan sama yang membawa peningkatan dalam inovasi dan pengeluaran juga telah menjejas banyak pekerjaan dan mata pencarian.



"Sesetengah pekerja mendapatinya lebih sukar untuk terus meningkatkan kemahiran dan memainkan peranan baru.



"Gaji median dalam banyak ekonomi maju tidak berkembang. Hasilnya, ketidaksamaan telah melebar," ujar Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi.



Oleh itu, negara kini sedang mencari jalan membahagikan semula manfaat globalisasi, dengan perjanjian baru mengenai cukai minimum global satu contoh bagaimana cukai boleh disalurkan kepada keperluan seperti program sosial.



Bagaimanapun, Encik Heng menarik perhatian bahawa langkah pembahagian semula semata-mata boleh menjadi semacam pertarungan habis-habisan, dengan kemenangan pada satu pihak merupakan kekalahan pada pihak satu lagi.



Oleh itu, beliau mencadangkan agar negara dapat antara lain merubah syarikat dan melabur dalam bakat bagi mencapai paradigma yang saling bermanfaat, dengan kedua-dua perusahaan dan pekerja di semua negara dapat menikmati manfaatnya.



Dalam satu dialog bersama naib presiden Caixin Media, Cik Li Xin, Encik Heng ditanya bagaimana pemerintah dapat membantu rakyat menikmati hasil globalisasi dengan lebih baik.



Encik Heng antara lain menggariskan bagaimana Singapura sentiasa menyemak sistem pendidikannya, termasuk pembelajaran sepanjang hayat serta menggalak syarikat supaya melatih dan melatih semula pekerja mereka.



Bagi kakitangan lebih berusia yang ingin terus bekerja, Singapura melanjutkan usia persaraan dan usia pengambilan bekerja semula secara progresif kepada 65 dan 70 tahun, dan telah bekerjasama dengan syarikat untuk menyusun semula pekerjaan agar lebih sesuai bagi warga emas.



Dalam ucapannya, Encik Heng juga menarik perhatian perlunya bagi kepimpinan sejagat lebih baik untuk mengharungi cabaran lebih tidak menentu dan rumit pada masa akan datang.



Namun tambahnya, ini tidak mudah, lebih-lebih lagi dengan tekanan terhadap aturan dunia, dengan ketegangan geopolitik yang kian meningkat serta sepersetujuan yang berkurangan berhubung globalisasi.



Berkongsi pandangan tentang bagaimana untuk menumpukan kepimpinan global pada pemulihan ekonomi dan cabaran lain, Encik Heng turut bercakap tentang kerjasama ekonomi sejagat dan usaha mengatasi krisis iklim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >