Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura perlu waspada nasionalisme melampau berdasar kaum dan agama

Presiden Halimah dalam amanat menjelang Hari Kebangsaan tegaskan kepelbagaian kaum dan agama di S'pura kekuatan negara yang perlu diperkukuh
Aug 08, 2022 | 05:30 AM



DUNIA telah menyaksikan bentuk nasionalisme melampau - berdasarkan kaum dan agama - yang telah berakar dan memecahbelahkan masyarakat.



Bagi Singapura, kepelbagaian kaum dan agama adalah kekuatan negara ini. Namun, ia harus sentiasa diperkukuh menerusi usaha gigih kerana kekuatan itu tidak berlaku begitu sahaja.



Demikian menurut Presiden Halimah Yacob, dalam amanat menjelang Hari Kebangsaannya.



"Ia memerlukan banyak usaha, pemahaman dan empati untuk kekal dan berkembang," kata beliau dalam amanatnya yang dimuat naik ke media sosial semalam.



Di samping itu, menjelang Hari Kebangsaan yang ke-57 esok, Puan Halimah menekankan kepentingan perpaduan sosial bagi negara ini terus berkembang maju.



"Ketidaksamaan semakin meningkat dan boleh memecahbelahkan masyarakat. Oleh itu kita mesti memastikan setiap orang boleh memanfaatkan sebaiknya bakat dan kemahiran mereka.



"Banyak program peningkatan sudah disediakan, termasuk yang menyokong kanak-kanak yang memerlukan melalui campur tangan awal hingga ke membantu pekerja berkemahiran rendah meraih gaji lebih baik. Ini harus sentiasa disemak dan diperkukuh," kata beliau.



Puan Halimah turut berkata Singapura telah melalui perjalanan yang panjang bersama dalam mengharungi pandemik Covid-19, dengan pelbagai langkah pemerintah yang disediakan telah membantu rakyat.



Namun, beliau menekankan bahawa keazaman rakyatlah yang telah membolehkan Singapura mengatasi cabaran dan bergerak ke hadapan, bak tema Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, iaitu 'Lebih Kukuh Bersama, Majulah'.



Meskipun kebanyakan sekatan Covid-19 telah dilonggarkan dan kehidupan kembali normal secara bertahap dan sempadan telah dibuka semula, Puan Halimah berkata negara ini masih menghadapi cabaran.



Beliau berkata terdapat banyak cabaran sejagat yang akan menjejas Singapura.



Ini termasuk pandemik, perang di Ukraine, ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat dengan China dan kesan perubahan iklim serta rantaian bekalan yang terganggu, yang terus mencetuskan inflasi dan menyebabkan kos sara hidup meningkat.



"Pertumbuhan ekonomi lebih perlahan akan memberikan tekanan besar terhadap belanjawan pemerintah di mana-mana," kata beliau.



Namun, sedang Singapura menangani isu semasa dan yang mendesak, negara ini tidak boleh mengalihkan pandangan daripada komitmen jangka panjang, seperti penuaan dan perubahan iklim, yang memerlukan perancangan dan pelaksanaan teliti, kata Puan Halimah.



"Tiada apa yang boleh menghalang kita jika kita bekerjasama dan kekal bersatu. Lebih Kukuh Bersama, Majulah," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >