SINGAPURA menggesa negara Asean lain agar berhati-hati dengan langkah beberapa negara lain mengambil pendekatan ringan terhadap ganja.
Seruan itu dibuat dalam kenyataan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Jenayah Rentas Sempadan yang diadakan di Bangkok, Thailand, semalam.