Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Qatar pertingkat hubungan kerjasama kukuh dalam bidang kepentingan

Dec 10, 2022 | 04:43 PM



MENTERI Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, telah mengadakan lawatan dua hari ke Qatar yang berakhir hari ini (10 Dis).



Lawatan tersebut turut diiringi Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.



Semasa lawatan itu, Encik Teo dan Encik Shanmugam telah bertemu Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar, Sheikh Khalid Bin Khalifa Bin Abdulaziz Al Thani.



Ketika pertemuan itu, pemimpin kedua-dua negara mengalu-alukan momentum yang baik dalam pertukaran peringkat tinggi dan menegaskan semula kepentingan Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi Singapura-Qatar (HLJC).



Ia dilihat sebagai platform untuk meneroka bidang kerjasama baru, termasuk dalam tenaga yang boleh diperbaharui dan keselamatan makanan.



Di samping itu, mereka bersetuju untuk berusaha ke arah mengadakan edisi ke-8 HLJC tahun depan.



Encik Teo dan Encik Shanmugam juga sempat mengucapkan tahniah kepada Qatar atas kejayaan menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022, yang pertama diadakan di Timur Tengah, sambil memuji negara itu kerana berjaya mengatasi cabaran dan usaha cemerlangnya untuk menganjurkan kejohanan yang menyeronokkan.



Semasa di Qatar, kedua-dua pemimpin Singapura itu menjadi tetamu dalam satu majlis jamuan tengah hari oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Negara bagi Hal Ehwal Pertahanan Negara Qatar, Dr Khalid Bin Mohammed Al Attiyah.



“Menteri kedua-dua negara mengesahkan hubungan mesra dan kerjasama dua hala yang sangat baik. Mereka mengadakan perbincangan meluas mengenai perkembangan serantau dan global,” kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya.



Sewaktu lawatan itu, Encik Teo dan Encik Shanmugam juga telah diundang untuk menyaksikan perlawanan suku akhir antara Argentina dan Belanda oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Qatar, Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman Bin Jassim Al Thani, yang turut mengundang mereka untuk jamuan makan malam.



Pemimpin kedua-dua negara itu “mengesahkan hasrat bersama untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang kepentingan bersama dan mengadakan perbincangan yang produktif mengenai perkembangan di Timur Tengah dan Asia”, menurut MFA lagi. 



Pada perlawanan yang diadakan di Stadium Lusail itu, Encik Teo dan Encik Shanmugam juga telah bertemu dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani. 



Selain menyaksikan perlawanan tersebut, mereka turut mengadakan lawatan ke bandar Lusail dan pembangunan Pulau Al Maha oleh Presiden Pihak Berkuasa Kerja Raya Negara Qatar (Ashghal), Dr Saad Ahmed Al Muhannadi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >