Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S'pura, Qatar tegaskan semula jalinan mendalam

Mar 28, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Maliki Osman, yang sedang melakukan lawatan kerja ke Qatar bagi Forum Doha ke-20 sejak kelmarin, melakukan kunjungan ke atas Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, semalam, dengan dua pemimpin itu menegaskan semula hubungan mendalam antara Singapura dan Qatar.



Satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam berkata Dr Maliki turut menghadiri majlis jamuan malam yang dihoskan oleh Sheikh Tamim bagi ketua-ketua delegasi forum tersebut.



Dr Maliki juga bertemu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Luar Qatar, Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman Bin Jassim Al Thani, semasa lawatan itu dan mereka berbincang mengenai perkembangan global.



Di samping itu, Dr Maliki mengadakan pertemuan dua hala berasingan bersama Menteri Ehwal Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi; Menteri Ehwal Luar Oman, Encik Sayyid Badr Hamad Bin Hamood Al Busaidi; dan Timbalan Menteri Ehwal Luar Malaysia, Datuk Kamarudin Jaffar.



Dr Maliki dan rakan sejawatannya membincangkan hubungan dua hala dan perkembangan serantau dalam pertemuan itu.



Pada hari kedua forum tersaebut semalam, Dr Maliki berucap di panel menteri eksklusif atas tajuk 'Perairan Berbahaya: Keamanan dan Kemakmuran di Indo-Pasifik' .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >